Neocartex telah membahagikan otak kepada 2 bahagian iaitu otak kiri dan kanan. Neocartex memainkan peranan dalam memproses data visual, sebahagian pemprosesan auditiari, data hasil sentuhan, mengawal pemikiran, pendengaran, penglihatan dan pertuturan. Otak kanan lebih cenderung kepada intuitif, kreatif, subjektif pandangan dan nilai estetika. Otak kiri pula lebih dikenali dalam bidang numeric seperti logik akal, analitikal, kualitatif dan rasional. Otak Mamalian pula berfungsi sebagai medium memori dan otak Reptilian pula mengawal pernafasan serta degupan jantung.
Otak bukanlah minda. Minda dan otak adalah benda yang berbeza. Namun, ia mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Rozieta Shaari, pakar motivasi dan modal insan berkata, "Minda kita bukan otak kita. otak kita adalah organ yang digunakan bagi berfikir. Ia adalah sesuatu yang fizikal dan boleh dipegang. Minda adalah lebih dari itu dan ia berfungsi pada alam meta-fizikal."
Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Fukuoka, Jepun mendapati pengambilan makanan yang mengandungi glukosa akan dapat meningkatkan keupayaan otak bagi mengingat. Contohnya dengan memakan coklat bar atau susu, keupayaan kita untuk mengingat akan meningkat dalam masa 2 jam selepas mengambilnya. Glukosa dalam darah akan meningkat dan menghasilkan bahan kimia dan merangsang daya ingatan.
Selain pemakanan, gaya hidup sihat juga memberi kesan kepada otak. Orang yang selalu bersenam akan mempunyai otak yang cerdas. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Ilionois membuktikan peningkatan antara 5 hingga 7% dalam sistem pernafasan turut memberikan peningkatan dalam kecerdasan minda sehingga 15%.
Kebanyakkan orang kurang menggunakan kemampuan otak secara optimum kerana mereka kurang berfikir dengan menggunakkan kedua-dua belah otak. Merangsang keseluruhan otak bagi berfikir dianggap cara terbaik mengekalkan ketajaman fikiran dan menguatkan daya ingatan. Semakin otak kita dirangsang semakin kurang risiko mendapat nyanyuk. Kajian juga membuktikan iaitu ingatan akan menjadi lemah apabila otak tidak digunakan dan tidak selalu dirangsang.
Dr. Vidula Mhaiskar dari Universiti Bombay menyaranka supaya kita selalu ketawa bagi kecerdasan otak. kata beliau "Apabila kita selalu ketawa otak akan menghasilkan hormon endorfin yang memberi kesan baik kepada badan kita."
Kesimpulannya, otak adalah perkara penting yang paling asas bagi kita faham manfaatnya sebelum kita memulakan langkah lebih jauh dalam menuju kejayaan.
g0od share~tq~
ReplyDelete