06 October 2010

Kuasa Pemikiran Positif

Rahsia asas yang menjadi kejayaan Donald Trump adalah pemikiran positif yang dimiliki beliau. Didalam artikel beliau Be Positive Every Single Day menasihatkan supaya "Kita perlu berfikiran positif setiap hari kerana tiada sesiapa pun yang akan melakukannya untuk kita". Dengan gaya berfikir seperti ini akan menjadikan kita lebih optimis. "Tidak kira berapa besar atau hebat cabaran yang dihadapi, hadapilah ia dengan optimis. Perkara yang membolehkan kita menguruskan, membentuk malahan akan melepasinya dengan gemilang."

Didalam Inside Trump Tower yang diterbitkan pada 14 Jun 2005 dengan tajuk Think Big, beliau menjelaskan supaya kita tidak mengehadkan kemampuan diri kita. Berfikiran kecil ketika kita mampu berfikiran besar akan mengehadkan kejayaan yang sepatutnya kita miliki pada masa hadapan. "Be Positive but Realistic," katanya lagi. Tahap motivasi lahir daripada sikap positif yang ada dalam minda seseorang. Semakin bermotivasi seseorang itu, semakin besar tenaga positif dalam mindanya. Bagi mengatasi cabaran negatif, tenaga positif mampu mengatasi atau meneutralkan tenaga yang negatif.

Di Trump University, beliau seringkali mengingatkan kepada peminat-peminatnya dengan berkata " Bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai 2 pilihan sahaja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan."

Nazri Kadir. 'Berfikir Gaya Trump'. PTS Professional, 2010.

No comments:

Post a Comment