Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t...
Sidang pembaca sekalian, Alhamdulillah... Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih memberikan kita ruang & peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan Al-Mubarak kali ini.. Semoga kita sama-sama dapat mengambil peluang yang diberikan ini dengan melakukan ibadah kepada Allah.. Perbanyakkan ibadah-ibadah sunat.. Solat2 sunat umpamanya, solat witir, qiamullail, berzikir, berdoa dan banyakkan juga besedeqah.. Insyallah, ganjaran pahala yang berlipat kali ganda itu sedikit sebanyak dapat menambah beratkan timbangan amal kebaikan kita...
Sempena bulan puasa ni biasalah.. pagi2 bangun sahur, lepas tu p gheja (weekdays).. lepas balik kerja dah nak berbuka puasa dah la kan.. Tahukah kita kepentingan kedua2 amalan ini menurut sunnah?
BERSAHUR = Mangkit Soq (loghat Kedah)
Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun tidak diwajibkan namun ia amat digalakkan. Ia juga dapat membezakan antara sahur muslim dan sahur yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
"Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur'. (Riwayat Muslim)
Maka, dalam bulan yang penuh berkat ini marilah kita sama-sama melakukan perkara yang disukai Allah dan juga perkara-perkara yang disukai Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Bukan sahaja menjadikan seseorang itu lebih bertenaga pada esok harinya, malah dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit sahaja. Ditempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Jika seseorang berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi orang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain. Jadi Insyaallah, sama-samalah kita amalkan sunnah Nabi s.a.w iaitu dengan bersahur dan juga memperbanyakkan amalan sunat yang lain.
Assalamualaikum..
Selamat Berpuasa
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433
No comments:
Post a Comment