Dr. Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluahkan rasa kurang setuju beliau terhadap beberapa perkara menyebabkan batalnya puasa. Beliau berpandangan adalah lebih baik skop pembatalan puasa ini disampaikan berdasarkan dalil tepat daripada Al-Quran, Hadith dan sepakat ulama sahaja.
1. Darah Keluar Dari Tubuh
- Berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, darah dari hidung, tangan dll..
- Berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, darah dari hidung, tangan dll..
Hukumnya: Tidak Batal Puasa kerana yang membatalkan puasa adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya 'yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawaduthuhu, Dr. Muhd 'Uqlah, hlmn 215).
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
- Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya: Tidak Batal Puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasam tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya makan hukum yang lebih kuat menurut ulama adalah tidak batal. Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung tidak sampaike perut atau bahagian otak adalah tidak membatalakan puasa. (As-Siyam, Dr. Muhd 'Uqlah hlm 211 & Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa).
3. Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki & rongga terbuka yang asal.
- Hukumnya: Ada 2 iaitu Batal & Tidak Batal.
- TIDAK BATAL: Para Ulama bersepakat bahawa ia tidak membatalkan puasa sekiranya dengan tujuan untuk berubat. Contohnya, suntikan tersebut adalah untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan. Demikian juga hukum suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. (Al-Qaradhawi, hlm 100; 'Uqlah, hlm 226)
- Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukosa untuk tujuan perubatan, para ulama sekali lagi berbeza pandangan. Pandangan majoriti adalah Tidak Membatalkan Puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan tidak pula mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah Fatwa oleh Syeikh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi. Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948. ( Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268; Yasaluna, 5/53 dll).
- Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa apabila ia dilakukan dengan sengaja atas niat untuk menghilangkan lapar dan dahaga & melarikan diri dari ujuan berpuasa.
4. Mencium Lelaki & Wanita semasa berpuasa.
Hukumnya: Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa adalah TIDAK BATAL menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan dalil-dalil tersebut:-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata: "Aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayar Ahmad & At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentanya, menyebabkan hadis dianggap dhoif).
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.
Sumber: