15 November 2012

Volvo S80 2.0T vs Honda Civic EJ6 (Vtec)

Kali ni aku just nak share satu cerita ngan korg berkenaan dengan kehebatan kereta.. Baru2 ni aku balik la beraya di kampung halaman.. Biasa lah, bila dah balik ke kampung ni banyak la tempat nak di ziarah.. Jumpa org itu dan ini.. Cuma tahun ni berbeza sket sebab kena pergi ke rumah nenek wife aku..

Sebelum tu. bercerita pasal kereta.... Raya kali ni aku balik ngan kereta adik aku... so, kereta aku parking kat rumah bapak mertua aku lah dekat Telok Panglima Garang... Balik la naik kereta adik aku iaitu kereta MyVi... So, aku plan nak ke rumah nenek wife aku ni naik MyVi la.. Tiba2 bapak aku offer suruh bawak kereta dia.. Lama xjalan katanya.. Carbon dah banyak... CARBON DAH BANYAK?? Haaaaa.... macam ada maksud la kat situ.. ok xpa.. aku pun bawak la macam biasa... Kereta yang aku pandu ialah Volvo S80 2.0T (2005)..

Aku pun mulakan perjalanan ke rumah Tok wife aku ni ke Kepala Batas.. Tempat Pak Lah.. lalu la Dewan Millenium area Bertam pa semua.. Keluaq ja tol, aku pun teruskan la perjalanan lagi.. sebab tak sampai lagi kan.. tak nak stop kat tol.. bila nak sampai? hehe.. Dalam perjalanan tu singgah la sat kat kompleks Kailan, beli buah jambu.. Beli la skali kuah rojak Mak Bee kat situ.. bila sampai rumah Tok, beliau jamu la roti jala.. lepas tu ada la ayaq ngan kuih2 sket.. lepak punya lepak, Tok ajak p rumah sedara2 area berdekatan.. tak pa la, bawak Tok p.. sempat la 3 4 rumah.. berkenalan la dengan bapak2 sedara belah wife aku.. last skali ghumah dah malam dah.. boh la nasik briyani ngan ayam 2 ketoi.. bila settle ja semua hantaq la Tok balik..

Perjalanan balik kami melalui highway PLUS dari exit Bertam ke Sg. Petani (Selatan).. elok keluaq tol, layan lep sket (turun flyover) tgk HONDA dok cucuk satu kereta.. aku tak pandang dah.. dok geram ngan dia punya V-Tec tu.. aku pun change to Sport Mode.. aku cucuk belakang dia.. elok keta depan bukak jalan dia tekan.. aku follow.. kena tinggai jugak sket.. tapi masa drop gear ja.. lepas tu dapat catch-up balik.. cucuk lagi.. keta depan bukak dia belah lagi.. cam biasa aku follow.. lepas tu dia dah angin kot.. aku bukak lampu full ngan spotlight.. maybe dia tak perasan kereta apa dok cucuk.. GERAM!! Dia masuk lane kiri terus dia bagi full speed.. V-Tec open habis.. (co-pilot berkata: "Kejar bang! Kejar dia!") apa lagi! Panas la aku!! tanpa membuang masa aku follow.. Turbo On.. Perghh!! Laju dol......... Gua ingat p 200km/j.. gua sempat ghelin skali ja sebab dok concentrate tgk depan.. boleh go lagi.. tp aku bukan nak laju sgt pun.. just nak kacau Honda tu je.. haha.. main 2 lane beb.. cilok kiri kanan.. boleh bayang? Wife aku plak cam steady je.. bahaya betul wife aku ni.. Lepas dah drag agak lama, dia tgk tak boleh belah dia terus bagi signal kiri and slow..... aku pun xla potong berdesup.. potong slow.. tapi kaki dok standby pedal minyak ni.. kalau aku dengaq V-Tec dia open, memang aku tinggalkan dia kat situ.. haha.. tapi tak dak bunyi apa2.. aku tgk cermin belakang pun dia memang terus slow.. Maybe dia nak tgk kereta kot.. Selalu racing orang kena tinggal.. kali ni tak boleh belah.. sampai exit Sg. Petani aku bagi signal masuk kiri.. Dia pun still maintain kelajuan terus menghala ke Alor Setar.. Maybe dia tgk kereta tak setaraf kot.. ye r.. memang tak setaraf pun.. Volvo 2.0T maa.... Honda tu 1.6.. even bikin pun bukan sama standard la.. kekuatan enjin tak sama.. 1.6 vs 1.6 la.. 2.0 vs ngan 2.0.. baru la sama class kan...

Jadi begitulah ceritanya, kisah Volvo S80 2.0T dengan Honda Civic EJ6.. Kereta memang lawa.. bikin habis.. straight paip.. kaler putih.. gaya kereta memang buat racing tu.. tapi xpalah.. aku pun syok2 ja.. wife kat sebelah maa.. tengah menyusu anak aku plak tu.. gila btoi! haih....

Sekian....

25 July 2012

Pasai Batai Posa...

Assalamualaikum wbt.. Bagaimana dengan Ramadhan kali ni? Harap semuanya berjalan dengan lancar.. Hari ni abang blogger nak kongsikan beberapa perkara yang sering menjadi persoalan ketika Bulan Ramadhan.. Mesti tiap-tiap tahun naik soalan ni.. Tapi sampai hari ini masyarakat kita dan termasuk saya jugak la masih ingat2 lupa.. ye la.. puasa setahun sekali.. Mana nak ingat sangat pantang larang sepanjang berpuasa ni.. hehe.. xpa2.. Abang blogger kongsikan bersama dengan anda..

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluahkan rasa kurang setuju beliau terhadap beberapa perkara menyebabkan batalnya puasa. Beliau berpandangan adalah lebih baik skop pembatalan puasa ini disampaikan berdasarkan dalil tepat daripada Al-Quran, Hadith dan sepakat ulama sahaja.

1. Darah Keluar Dari Tubuh
- Berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, darah dari hidung, tangan dll..
Hukumnya: Tidak Batal Puasa kerana yang membatalkan puasa adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya 'yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawaduthuhu, Dr. Muhd 'Uqlah, hlmn 215).

2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
- Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya: Tidak Batal Puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasam tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya makan hukum yang lebih kuat menurut ulama adalah tidak batal. Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung tidak sampaike perut atau bahagian otak adalah tidak membatalakan puasa. (As-Siyam, Dr. Muhd 'Uqlah hlm 211 & Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa).

3. Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki & rongga terbuka yang asal.
- Hukumnya: Ada 2 iaitu Batal & Tidak Batal.
- TIDAK BATAL: Para Ulama bersepakat bahawa ia tidak membatalkan puasa sekiranya dengan tujuan untuk berubat. Contohnya, suntikan tersebut adalah untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan. Demikian juga hukum suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. (Al-Qaradhawi, hlm 100; 'Uqlah, hlm 226)
- Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukosa untuk tujuan perubatan, para ulama sekali lagi berbeza pandangan. Pandangan majoriti adalah Tidak Membatalkan Puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan tidak pula mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah Fatwa oleh Syeikh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi. Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948. ( Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268; Yasaluna, 5/53 dll).
- Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa apabila ia dilakukan dengan sengaja atas niat untuk menghilangkan lapar dan dahaga & melarikan diri dari ujuan berpuasa.


4. Mencium Lelaki & Wanita semasa berpuasa.
Hukumnya: Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa adalah TIDAK BATAL menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan dalil-dalil tersebut:-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata: "Aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayar Ahmad & At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentanya, menyebabkan hadis dianggap dhoif).
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

Sumber:


21 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak 1433


Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum w.b.t...

Sidang pembaca sekalian, Alhamdulillah... Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih memberikan kita ruang & peluang untuk menikmati keindahan Ramadhan Al-Mubarak kali ini.. Semoga kita sama-sama dapat mengambil peluang yang diberikan ini dengan melakukan ibadah kepada Allah.. Perbanyakkan ibadah-ibadah sunat.. Solat2 sunat umpamanya, solat witir, qiamullail, berzikir, berdoa dan banyakkan juga besedeqah.. Insyallah, ganjaran pahala yang berlipat kali ganda itu sedikit sebanyak dapat menambah beratkan timbangan amal kebaikan kita...
Sempena bulan puasa ni biasalah.. pagi2 bangun sahur, lepas tu p gheja (weekdays).. lepas balik kerja dah nak berbuka puasa dah la kan.. Tahukah kita kepentingan kedua2 amalan ini menurut sunnah?

BERSAHUR = Mangkit Soq (loghat Kedah)

Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun tidak diwajibkan namun ia amat digalakkan. Ia juga dapat membezakan antara sahur muslim dan sahur yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

"Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur'. (Riwayat Muslim)

Maka, dalam bulan yang penuh berkat ini marilah kita sama-sama melakukan perkara yang disukai Allah dan juga perkara-perkara yang disukai Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Bukan sahaja menjadikan seseorang itu lebih bertenaga pada esok harinya, malah dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.
Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).
Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.
Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit sahaja. Ditempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.

Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Jika seseorang berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi orang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain. Jadi Insyaallah, sama-samalah kita amalkan sunnah Nabi s.a.w iaitu dengan bersahur dan juga memperbanyakkan amalan sunat yang lain.

Assalamualaikum..

Selamat Berpuasa
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1433

28 March 2012

Lifestyle Collection Campaign, 29 Mar 2012 - 15 Apr 2012 by Sime Darby Property



Dear Sir/Madam/Ms,


Informing that Sime Darby Property will be having a Lifestyle Collection Campaign which will officially be launched on Thursday, 29 march 2012 at Oasis Square, Ara Damansara.


The objectives of having this campaign is to increase brand awareness by positioning Sime Darby Property as the Developer of choice and to promote our properties by giving attractive incentives during this campaign.


This campaign will be held as follows:


  • Venue: Oasis Square, Ara Damansara

  • Date : 29 March 2012 - 15 April 2012

  • Time : 9.30am - 6.30pm (weekdays) and 9.30am - 9.30pm (weekends)

Please take note that all existing promotions will lapsed and be superceded by this campaign.


So do hurry to our booth, L2 Signature 2 located at Oasis Square, Ara Damansara and see what incentives we have offer!


I would very much appreciate if you could share with your families and friends on this Lifestyle Collection Campaign.


Thank You.

10 March 2012

Bila Budak Cina Berkata " Kerja... Kerja..."

Aku saja la nak share pengalaman aku sikit dengan budak cina ni..

Pada suatu hari, aku dan Isteri keluar la pegi makan dekat Nasi Kandar Pelita area Klang ni.. Biasanya bila kami ke kedai mapley ni mesti ada tujuan yang perlu dipenuhi.. Apa tujuannya? Haa... nak cerita la ni..

Ok.. Seperti biasa, bila dah sampai kedai makan, satu aney datang ambil order.. Kita pun order la ayaq... lepas tu macam biasa, beratur untuk ambil nasik.. lepas dah ambil nasik beserta service lauk tunjuk menunjuk, aku pun menikmatilah makanan seperti biasa.. Kuah campur, telur rebus, sayur kobis dan ayam goreng yang dihentak dengan parang sebelum upacara mencincang dan menguis ayam goreng tersebut ke dalam pinggan berlauk kan kari campur...... Haha...

Masa tengah makan tu datanglah orang yang kami nanti kan... budak cina ni pun dah tau dah.. nampak aje muka aku ngan isteri aku, dia terus letak barang atas meja.. "Haaa... Kak! Abang! Ini cerita baru keluar!" CD clear.. Aku pun sambil makan membelek2 CD dia.. Biasala... Cina jual CD maa... tak kan korg xpernah jumpa kan... slumber je jalan2 jual cd, bawak beg sendeng dengan raga kecik.. CD penuh dalam tu.. Lepas dah pilih2 CD, aku pun bayar kat dia... Lepas tu aku sembang2 la dengan dia... Semua berkisar pasal bisnes dia.. Aku rasa xpayah la aku terangkan kat sini kot.. haha..

Lepas tanya 2 - 3 soalan, dia mula bakar rokok.. Haa... part ni yang rasanya menjadi suntikan pembakar.. Cina jual CD ni muka sememeh ja.. tak dak la kemas pun.. tp bila dia kata "Oi.. kerja.. kerja..." Aku pun terus tersentap.. Cakap jugak la dlm hati "Eleh.. hang juai CD cetak rompak ja kot.. Ghajin ngat eh.." tp lepas dia blah tu baru aku terfikir balik... Tu la semangat cina meniaga.. apa pun yang depa buat, depa buat betoi2, biaq la juai CD pun.. Cara dia bangun angkat CD tu macam gaya orang angkat laptop nak p meeting.. adoi.. Aku nampak semangat dia lain macam...
Aku test jugak ajak minum dulu.. Dia tak mau.. Banyak kerja katanya... Haha...

Jadi, kepada para pembaca sekalian.. Walaupun nampak cerita ni menggambarkan suatu keadaan yang "Ala.... jual cd je pun..."... Ye! jual CD.. Bayangkan semangat Chinese Business Man.. Macam mana pulak tu.. Dari peringkat yang bawah sampai la ke peringkat tertinggi.. Semangat depa tidak berubah.. dan ITU! adalah antara sebab mengapa Cina menguasai ekonomi Malaysia...

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah.. Terima Kasih..


Planters' Haven, Sime Darby Property Berhad

Hi Everyone!

This is Planters' Haven Corporate Video.



Nestled in a gated and guarded enclave, Planters' Haven ofers an unparalleled collection of timeless bungalow designs with the optio of building your own architectural masterpiece in simply one of the most beautifully preserved residential communities sited on an orchard-homestead.

- Freehold bungalow homes
- 158 exclusive home accross 270 acres of greenery
- Choose from 8 Mediterranean/Tropical-inspired bungalow designs or have the option to create your own luxurious abode by engaging your own architect and builder to construct the home you have always envisioned.

Resort-style amenities at your door step

As with any upscale residential developments, Planters' Haven comes complete woth modern amenities expected of discerning homeowners.

- Infinity swimming pool
- Tennis Court
- Gymnasium
- Multipurpose Hall
- Stable facilities for horse owners
- Recreational lakes for boating & fishing
- Pathways designed for cycling, jogging & trekking
- Children's playground with an outdoor fitness circuit
- Botanical garden where tropical butterflies fly freely



Sophisticated Security for Unparalleled Freedom

Secured by the world-class Gallagher power fencing system along with other exceptional security features, here, your children can roam freely without a care in the world. At Planter's Haven, one can be sure that safety is and always will be our top priority.

- 24-hour manned guard house equipped with CCTV
- Roving vehicular patrol with clocking system at designated checkpoints
- Card-Access entry system
- Canine patrolling system & Emergency Response Team
- Perimeter fencing protected with power cable fence



For your information, our sales gallery are open Seven Days a week (include public holidays) from 9.30am - 6.30pm. For site visit arrangement, please do not hesitate to contact the Sales Consultant.

Nasyrul a.k.a Mr. Ownn
Tel: 012 - 570 5824
Off: 06 - 799 8008
Email: nasyrul.khusyairie@simedarby.com

Clubhouse Address:
Planter's Haven Clubhouse, Persiaran Alamanda, Batu 13, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Thank You!