21 November 2011

Penghargaan KLIFGT' 11

Alhamdulillah.. selesai sudah event kami pada 12 & 13 November 2011 yang lalu.. Event yang menarik.. Tahniah kepada kesemua yang hadir terutama sekali kepada peminat, penggiat sukan 'fixie'. Tidak dilupakan juga kepada peserta-peserta dari luar negara seperti Yuki, Rudi Melo dan Kumpulan Macaframa. Mohd Harrif Salleh (pelumba negara yang kini memenangi 2 acara (EMAS) di Sukan Sea, Indonesia) juga turut meluangkan masa menyertai acara KLIFGT' 11 ini.
Kehadiran mereka menggamatkan lagi suasana event Kuala Lumpur International Fixed Gear Tournament 2011.

Jutaan terima kasih kepada team (main organizer) terutama sekali kepada Fatek, Azrul Nasir (YBC), Norsyah, Didie dan Mel yang berusaha menjayakan acara ini. Begitu juga kepada M.Kumaresan dan Musairi Musa yang juga bertungkus lumus didalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pihak media yang membuat liputan iaitu Astro Awani, Bernama TV, TV3, Berita Harian, BERNAMA, 8TV, Kosmo, Harian Metro, RTM dan The Star.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penaja rasmi kami iaitu Simfoni Maya, Roda Pantas, Cycling Malaysia, TRM Bike Shop, Ciclista, Milo, 100Plus, Newages Powerbar, Ideal Polarized Sunglasses, VANS Malaysia, Starbucks, Monster Bike STC (Indonesia), Schmick (Taiwan), Fyxation (USA) dan Eighthinch (USA).

Acara ini akan diteruskan lagi dengan Tour ke beberapa buah negeri di semenanjung tanahair (peringkat negeri) dan akan kembali ke Kuala Lumpur pada bulan November 2012.

Jumpa lagi tahun hadapan untuk acara KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FIXED GEAR TOURNAMENT 2012!!!

No comments:

Post a Comment