30 November 2011

Feng-Shui

Hari ini aku akan menjalani satu kajian terhadap kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti.. Kawasan tersebut adalah sebesar 270 Ekar.. Kawasan yang berbukit bukau, memahami kontour tanah, saluran paip air, kabel eletrik dan kabel telefon, feng-shui berkaitan terbit dan terbenam matahari, laluan baru, highway dan segala-galanya lah.. Yang paling best nak kena kenal pasti spot pokok durian yang paling sedap.. Haha..

Kepada boss yang berada di ofis (HQ), esok saya akan bentangkan semuanya berkenaan kawasan ini.. Harap bersabar.. Boss rindu kat aku la tu.. wakaka..

29 November 2011

Konvokasi..

Alhamdulillah...

26 Nov 2011 yang lalu aku telah ditabalkan sebagai seorang graduan untuk Majlis Konvokesyen Kali ke - 14 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Di kesempatan ini aku nak ucapakan berbanyak2 terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan semangat sepanjang penuntutan aku di sana.. Terutama sekali kepada Ibu dan Bapa aku yang kini berada Sg. Petani, Kedah. Aku bersyukur kerana aku berjaya tunaikan impian mereka yang nak sangat aku konvo dengan segulung ijazah (at least).. Sekarang aku dah tunaikan.. Harap2 mereka bahagia dengan penunaian hajat mereka ini.. hehe..

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah yang betungkus lumus memberikan semangat dan dorongan.. tak kira la samada secara langsung atau tidak.. Especially kepada Pn. Siti Hawa selaku Supervisor untuk Dissertation aku.. Thanks a lot Puan.. juga kepada semua pensyarah; Jabatan Pentadbiran Perniagaan, Jabatan Perakaunan, Jabatan IT, Jabatan Tahfiz dan dari Akademi Islam.. lama sgt aku kat KUIS ni.. dari Dip. sampai la habis Degree.. Tu yang bnyk terlibat ni.. hehe.. Tidak dilupakan juga kepada Dekan2 fakulti especially E. Mokhtar Ismail.. agak hebat subject2 yang En. Mokhtar bawak.. haha..

Ucapan ini juga dipanjangkan kepada rakan2 seperjuangan iaitu Nik Fathi Nik Saleh, Siti Norlaila Abu Bakar, Nurfadilah Abdullah Sani, Nur Liyana Ahmad dan Nor Ilahi Kasri.. mereka2 ini adalah rakan yang sangat dekat didalam perjuangan ini.. Thanks to you all.. Ingat kat hampa, ingat pulak kat tempat2 perjalanan kita.. haha.. What ever it is, Alhamdulillah.. Impian kita untuk konvo bersama akhirnya tercapai...... That's a very good deal bebeh.. haha.. marilah kita doakan agar perjalanan kehidupan kita semua akan sentiasa dipermudahkan dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...

Penghargaan ini juga dimajukan kepada Isteri tersayang yang banyak memberi sokongan dan semangat hingga ke hari ini.. Banyak sebenarnya pengorbanan beliau sepanjang aku meniti di titian menara gading ni.. Alhamdulillah.. berkat kesabaran yang diiringi dengan doa.. akhirnya kami telah disatukan pada bulan september yang lalu... Thank you so much darling.. muah.. muah.. haha..

Kepada yang masih belum tamat lg pengajian kat sana.. aku doakan hampa bahagia.. Insyaallah.. semuanya akan berkonvo tahun depan.. selamat berjaya!

21 November 2011

Penghargaan KLIFGT' 11

Alhamdulillah.. selesai sudah event kami pada 12 & 13 November 2011 yang lalu.. Event yang menarik.. Tahniah kepada kesemua yang hadir terutama sekali kepada peminat, penggiat sukan 'fixie'. Tidak dilupakan juga kepada peserta-peserta dari luar negara seperti Yuki, Rudi Melo dan Kumpulan Macaframa. Mohd Harrif Salleh (pelumba negara yang kini memenangi 2 acara (EMAS) di Sukan Sea, Indonesia) juga turut meluangkan masa menyertai acara KLIFGT' 11 ini.
Kehadiran mereka menggamatkan lagi suasana event Kuala Lumpur International Fixed Gear Tournament 2011.

Jutaan terima kasih kepada team (main organizer) terutama sekali kepada Fatek, Azrul Nasir (YBC), Norsyah, Didie dan Mel yang berusaha menjayakan acara ini. Begitu juga kepada M.Kumaresan dan Musairi Musa yang juga bertungkus lumus didalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pihak media yang membuat liputan iaitu Astro Awani, Bernama TV, TV3, Berita Harian, BERNAMA, 8TV, Kosmo, Harian Metro, RTM dan The Star.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penaja rasmi kami iaitu Simfoni Maya, Roda Pantas, Cycling Malaysia, TRM Bike Shop, Ciclista, Milo, 100Plus, Newages Powerbar, Ideal Polarized Sunglasses, VANS Malaysia, Starbucks, Monster Bike STC (Indonesia), Schmick (Taiwan), Fyxation (USA) dan Eighthinch (USA).

Acara ini akan diteruskan lagi dengan Tour ke beberapa buah negeri di semenanjung tanahair (peringkat negeri) dan akan kembali ke Kuala Lumpur pada bulan November 2012.

Jumpa lagi tahun hadapan untuk acara KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FIXED GEAR TOURNAMENT 2012!!!