30 November 2011

Feng-Shui

Hari ini aku akan menjalani satu kajian terhadap kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti.. Kawasan tersebut adalah sebesar 270 Ekar.. Kawasan yang berbukit bukau, memahami kontour tanah, saluran paip air, kabel eletrik dan kabel telefon, feng-shui berkaitan terbit dan terbenam matahari, laluan baru, highway dan segala-galanya lah.. Yang paling best nak kena kenal pasti spot pokok durian yang paling sedap.. Haha..

Kepada boss yang berada di ofis (HQ), esok saya akan bentangkan semuanya berkenaan kawasan ini.. Harap bersabar.. Boss rindu kat aku la tu.. wakaka..

29 November 2011

Konvokasi..

Alhamdulillah...

26 Nov 2011 yang lalu aku telah ditabalkan sebagai seorang graduan untuk Majlis Konvokesyen Kali ke - 14 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Di kesempatan ini aku nak ucapakan berbanyak2 terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan semangat sepanjang penuntutan aku di sana.. Terutama sekali kepada Ibu dan Bapa aku yang kini berada Sg. Petani, Kedah. Aku bersyukur kerana aku berjaya tunaikan impian mereka yang nak sangat aku konvo dengan segulung ijazah (at least).. Sekarang aku dah tunaikan.. Harap2 mereka bahagia dengan penunaian hajat mereka ini.. hehe..

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah yang betungkus lumus memberikan semangat dan dorongan.. tak kira la samada secara langsung atau tidak.. Especially kepada Pn. Siti Hawa selaku Supervisor untuk Dissertation aku.. Thanks a lot Puan.. juga kepada semua pensyarah; Jabatan Pentadbiran Perniagaan, Jabatan Perakaunan, Jabatan IT, Jabatan Tahfiz dan dari Akademi Islam.. lama sgt aku kat KUIS ni.. dari Dip. sampai la habis Degree.. Tu yang bnyk terlibat ni.. hehe.. Tidak dilupakan juga kepada Dekan2 fakulti especially E. Mokhtar Ismail.. agak hebat subject2 yang En. Mokhtar bawak.. haha..

Ucapan ini juga dipanjangkan kepada rakan2 seperjuangan iaitu Nik Fathi Nik Saleh, Siti Norlaila Abu Bakar, Nurfadilah Abdullah Sani, Nur Liyana Ahmad dan Nor Ilahi Kasri.. mereka2 ini adalah rakan yang sangat dekat didalam perjuangan ini.. Thanks to you all.. Ingat kat hampa, ingat pulak kat tempat2 perjalanan kita.. haha.. What ever it is, Alhamdulillah.. Impian kita untuk konvo bersama akhirnya tercapai...... That's a very good deal bebeh.. haha.. marilah kita doakan agar perjalanan kehidupan kita semua akan sentiasa dipermudahkan dan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah...

Penghargaan ini juga dimajukan kepada Isteri tersayang yang banyak memberi sokongan dan semangat hingga ke hari ini.. Banyak sebenarnya pengorbanan beliau sepanjang aku meniti di titian menara gading ni.. Alhamdulillah.. berkat kesabaran yang diiringi dengan doa.. akhirnya kami telah disatukan pada bulan september yang lalu... Thank you so much darling.. muah.. muah.. haha..

Kepada yang masih belum tamat lg pengajian kat sana.. aku doakan hampa bahagia.. Insyaallah.. semuanya akan berkonvo tahun depan.. selamat berjaya!

21 November 2011

Penghargaan KLIFGT' 11

Alhamdulillah.. selesai sudah event kami pada 12 & 13 November 2011 yang lalu.. Event yang menarik.. Tahniah kepada kesemua yang hadir terutama sekali kepada peminat, penggiat sukan 'fixie'. Tidak dilupakan juga kepada peserta-peserta dari luar negara seperti Yuki, Rudi Melo dan Kumpulan Macaframa. Mohd Harrif Salleh (pelumba negara yang kini memenangi 2 acara (EMAS) di Sukan Sea, Indonesia) juga turut meluangkan masa menyertai acara KLIFGT' 11 ini.
Kehadiran mereka menggamatkan lagi suasana event Kuala Lumpur International Fixed Gear Tournament 2011.

Jutaan terima kasih kepada team (main organizer) terutama sekali kepada Fatek, Azrul Nasir (YBC), Norsyah, Didie dan Mel yang berusaha menjayakan acara ini. Begitu juga kepada M.Kumaresan dan Musairi Musa yang juga bertungkus lumus didalam memastikan acara ini berjalan dengan lancar.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada pihak media yang membuat liputan iaitu Astro Awani, Bernama TV, TV3, Berita Harian, BERNAMA, 8TV, Kosmo, Harian Metro, RTM dan The Star.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua penaja rasmi kami iaitu Simfoni Maya, Roda Pantas, Cycling Malaysia, TRM Bike Shop, Ciclista, Milo, 100Plus, Newages Powerbar, Ideal Polarized Sunglasses, VANS Malaysia, Starbucks, Monster Bike STC (Indonesia), Schmick (Taiwan), Fyxation (USA) dan Eighthinch (USA).

Acara ini akan diteruskan lagi dengan Tour ke beberapa buah negeri di semenanjung tanahair (peringkat negeri) dan akan kembali ke Kuala Lumpur pada bulan November 2012.

Jumpa lagi tahun hadapan untuk acara KUALA LUMPUR INTERNATIONAL FIXED GEAR TOURNAMENT 2012!!!

23 September 2011

Hajat Tertunai..

Alhamdulillah... Selepas 6 tahun melalui liku-liku perhubungan.. akhirnya hajat kami untuk bersatu telah diperkenankan oleh kedua ibubapa kami pada 16 September 2011. Ucapan terima kasih kepada kedua ibubapa yang merestui jalinan perkahwinan saya dengan isteri. Ucapan tersebut juga dimajukan kepada bapa mertua dan ibu mertua kerana sudi menerima dan memberi kepercayaan kepada saya untuk mengambil alih tugas menjaga si dia..

Kepada para tetamu, sahabat2, rakan dan taulan yang hadir.. jutaan terima kasih kerana menerima jemputan pihak pengantin..

Semoga kehidupan kami diiringi dengan doa-doa anda sekalian..

Terima Kasih...

08 September 2011

Kuala Lumpur International Fixed Gear Tournament 2011


Date: 12 - 13 November 2011, Saturday - Sunday
Time: 9.00am - 7.00pm
Venue: Velodrome Stadium, Cheras

Kuala Lumpur International Fixed Gear Tournament 2011 (KLIFGT '11) is Malaysia's first international fixed gear event held in the nation's capital, Kuala Lumpur. Organized by a collaboration between Dame Events & Communications, Grafa and YellowBikeCompany and supported by Kuala Lumpur Bicycle Association and also Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. This event is mainly aimed to create a platform for urban sport enthusiasts and cyclists to converge and expand cycling knowledge and skills.
  • Track Race
  • Criterium
  • Trick
  • Polo

Participant registration form will be updated soon.

For more info regarding exhibition and sponsorship opportunities, please call +603 - 7784 8180 / +603 - 7772 2144 (Melina / Ownn / Azrul) or email us at klifgt11@dameevents.com (Dame events & Communication) / fadli@grafa-design.com (Grafa) / xmonstrax@gmail.com (YellowBikeCompany).

02 August 2011

Jambori Pekan 1Malaysia.

Salam kepada semua.. kat sini saja la nak upload gambar team yang bertungkus lumus untuk memastikan event kali ni berjalan lancar.. Memang banyak perkara yang perlu dikukuhkan.. namun, daripada pengalaman jambori ini secara tidak langsung ia telah membuatkan team lebih mantap dan power! haha... walaupun kerja under pressure.. pressure tahap max beb.. sapa xbleh control memang gadoh mati matian.. ada gak kes.. tp biasa r.. haha..

Meh, layan pic dari team lagi..



Masa ni pic sebelum start event.. semua masih ceria.. tp badan xpayah cakap.. memang lemau tidak bertenaga.. hanya berpaksikan kekuatan mental jer time ni.. tapi style.. sebab pagi2 dah kena Boost ngan bos sebab semua bangun lambat.. wakaka...

Lg ini minah 2 orang sangat suka bercakap.. Geng ni handle pendaftaran guru / jemputan.. Haa... Daftar cikgu.. daftar....



Yang ni pic ngan budak2 kebudayaan.. saja la dok amik gambaq ngan depa.. depa ni nak pi New Delhi hujung tahun ni.. sebab ada International Dance Kebudayaan apa ntah.. alang2 dah kat sini, aku amik je la 1 shot.. haha..


Setelah selesai majlis.. Team yang nampaknya ceria xsabar nak bergegas pulang ke kL.. Cargas!! Cargas!! Adeeb sungguh menggoda tatkala buyong malu2.. hahaha....

-Peace yo-



29 March 2011

Menempuh Arus

Bulan March... Suatu era yang membawa aku ke destinasi seterusnya.. Pepatah ada mengatakan "Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran".

Sejauh-jauh aku berjalan, seluas pandangan aku perhatikan, sebanyak pengalaman aku sempadankan.. Namun, semua itu hanya sebahagian kecil yang aku bekalkan untuk menempuh arus realiti.. Semakin aku bergerak, ada pula yang menggerakkan aku ke suatu daerah yang tidak pernah aku jangka.. Semua telah ditentukan oleh Allah.. Amin ya Rabbal 'Alamiiinn..

Kehidupan ini memang singkat.. Dunia pula tidak sebesar mana.. Taqwa, Redha dan Sabar adalah senjata yang membezakan antara muslim yang mukmin dan muslim yang tidak mukmin. Didalam Hadith 40, karangan Imam Nawawi ada menyebut 'Allah lebih suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah'.

Yakinlah pada ketentuan Allah.. Kerana Allah Maha segala-galanya.. sudah pasti Dia lebih tahu apa yang Dia tentukan.. Jangan sesekali goyah, resah malah berdukacita akan ketentuannya.. kerana ia membawa kita hampir kepada Syirik. Tidak yakin dengan Allah. Sunnah perjuangan diuji lebih dasyat dari segala ujian pada hari ini.. Mendalami perjuangan para nabi, yang merupakan utusan Allah yang maksum.. Suci daripada dosa.. Juga diuji dengan pelbagai ujian.. Rasulullah s.a.w dicaci, dimaki hamun, dihina dan sebagainya.. Namun tetap menjalankan dakwah dan terus berdoa kepada Allah dengan penuh yakin dan kudus..

Bertemu dengan seorang ahli perniagaan, beliau berkata 'hidup ni memang kena usaha, semua orang usaha nak hidup senang, pendek kata kaya lah.. tetapi perasan tak? kadang-kadang yang usaha sikit tu Allah bagi lebih kat dia, sedangkan yang usaha bagai nak rak ni dok goyang macam tu la jugak, memang la kalau ada usaha boleh la kaya sikit tp Allah pun tengok jugak kita usaha macam mana'. Anda dapat maksudnya?

Fikir-fikirkan dan renungkan lah... Selamat Beramal.

10 February 2011

7 Prinsip Utama Perniagaan

PERTAMA

usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA

Usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan/perniagaan internet menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep ‘entiti berasingan’ antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

KETIGA

jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan ‘barakah’ dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT

Usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, “Rome was not built in a day”.

KELIMA

Elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

KEENAM

Jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan/perniagaan internet, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

KETUJUH dan terakhir

jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

11 January 2011

Ekspedisi ke Broga Hill


Pada 10.1.11 kami telah memanaskan diri seawal jam 4 a.m untuk aktiviti riadhah ke puncak bukit.. Destinasi pilihan kami kali ni adalah Bukit Broga.. Panaskan diri je jam 4 a.m.. tp bertolak nk dekat jam 5 dah.. adalah masalah yang xdapat dielakkan..



Kami mula mendaki pada jam 5.30 a.m dan tiba di puncak pada kira2 jam 6.30 a.m.. lambat la sket.. sbb ada stop2.. setibanya diatas, kami menunaikan solat subuh dan mulakan sesi penggambaran.. haha... sambil tu layan feeling la sket.. menikmati udara segar yang dikelilingi pokok2 yang hijau.. kan bagus tu... hehe..

Kami bergerak turun pada jam 8 a.m.. singgah sebentar untuk sarapan pagi disebuah perkampungan dan terus mandi di Sg. Tekala.. Lepas tu... kami balik la.. nk p mana lg.. xdak p mana dah.. xlarat sebab dah overnight..

I'allah.. Next trip xsure lg bila.. tp dah ada perancangan..

-peace-
wassalam..

06 January 2011

Salam 2011

Bismillahirrahmanirrahim.....

Berjumpa lagi ditahun baru.. 2011.. Adalah suatu tahun yang semakin mendewasakan kita semua.. Banyak sungguh kenangan yang berlalu pada 2010..

2010 merupakan suatu tahun yang penuh dengan mood study dan merupakan zaman kemuncak sebagai student.. setiap minggu ada je program dengan dak2 class.. hidup rasanya xpernah sunyi dan bosan.. kalau bosan, ada je program yang akan menghilangkan bosan.. ada je port nak lepak2.. xkira la jauh ke dekat.. asal ajak je.. mesti 'on'... kira cam kuat rayau gak la.. tp yang paling best.. study pun xlupa.. ada je port nak study.. time rayau, memang rayau habis.. tapi time study plak, pun study habis2.. selagi xhabis jangan harap la nak jumpa bantal.. lagi pun biasala.. aku kan lelaki.. mesti la sifat malas tu menebal gak kan.. haha...

Teringat aku dengan kawan2 aku dulu.. masing2 ada karakter masing2.. Nik Fathi.... merupakan seorang jagoan dikir barat kat campus.. ala... sapa xkenal ngan mamat tu.. pantang ada function.. mesti ex-Ketua Jabatan JPM panggil.. "Awe, minggu ni ada function dekat sini, lepas tu minggu depan kat sana plak, suruh budak2 kamu training". Kiranya, sampai JPM sanggup keluar bajet la nak memenuhi keperluan budak2 dikir dia tu.. Lepas tu Diela.. Diela ni orangnya bijak.. kalau bab kira mengira ni memang serah kat dia la.. semua benda nanti dia kira.. tau la pandai math... tp xpayah la nak marah2 aku masa study.. sib baik xpegang rotan.. kalau x naya badan aku kena libas dengan dia.. lepas tu cerita dia dengan ajib xpernah putus.. ada je pasalnya.. gaduh ngan ajib la.. ajib nakal la.. ajib buat itu la.. sampai cerita ajib nak mengorat awek dia pun ada.. hahaha.... yang lawak tu ajib tu kecik je lg.. kantoi gagal mengorat pun nk cerita kat kakak dia... Diam2 dah la ajib.. xpandai cover line betul la.. hahaha..... pastu Laila.. dia ni nampak je kecik.. cam budak skolah kot.. ni pun garang bleh tahan gak.. tp satu je kelemahan dia.. dia xboleh tgk muka aku ni.. asal tgk je nk gelak.. pada hal muka aku ni dah serious habis dah.. line2 gangster punya muka r.. ish.. kalau betul aku ni gangster memang dah kena sangkut kat siling dah minah ni.. haha..... tp dia rajin r.. semua benda dia nak wat nota.. yang aku pelik tu.. baru je habis kuliah, nota dia dah siap dah.. pastu balik wat nota lagi.. ntah apa ntah nota yang dia tulis.. aku pun xtau.. woi... nota orang tulis ringkas je la.. ni wat nota dah macam buku teks dah.. takut plak aku nk baca.. hahaha.... tp ok la.. sbb nota dia tu jugak la bnyk bantu aku nak jawab exam.. hehe... thanks lela...

Nor...... seorang yang sensitif.. aku baru nyanyi lagu sudirman sikit je... xhabis 1 rangkap pun.. air mata dia dah jatuh terkenangkan mak.. aku baru nak tangkap feeling.. habis kena tukar lagu rap plak.. adoyai..... dia sgt lemah lembut.. siap kena bawak p berubat la kiranya.. haha.. come on nor!! kuatkan semangat!! 2011 ni... azam baru k... pasal busuk2 tu xnak dah.. haha.... senget sket2 ok la.. kekekeke...... Yana.... seorang yang sangat cekal dan tabah.. dia jugak seorang yang fokus bila buat kerja.. banyak la yang dia bantu untuk siapkan assignment.. actually semua pun macam tu.. tp yana ni lain sket.. dia minat buat bisnes sendiri.. siap buat bisnes sewa broadband kat asrama.. share partner dia tu la.. Nor.. skarang ni xtau la ada orang ke x yang mewarisi perniagaan d/orang masa kat kolej dulu..

ni la classmates aku.. ktorg xramai pun.. 6 org je 1 class.. ktorg sgt rapat.. bnyk benda yg ktorg share sesama.. 2 tahun study macam xrasa apa2.. kalau nak cerita kat sini, memang xhabis la.. mcm benda la.. tapi semua tu hanya tinggal dalam ingatan masing2... actually korg mmg best.. simple and easy.. xbnyk karenah.. nk buat kerja pun senang.. especially bila ada group job kan.. senang handle ngan korg.. steady r beb..

skang ni semua dah ada kt kmpg halaman masing2.. Dila, sebab banyak sangat mengira, skang ni dah menjadi seorang usahawan ternakan lembu dan kambing kat perak.. Besar kandang dia.. sesapa yg nk beli lembu @ kambing bleh cari dila.. nak no phone?? kena bayar komisyen.. kalau xnak bayar, cari la sendiri... kekeke...

Lela plak, tu la... bnyak sangat buat nota.. skang ni dia dah menjadi seorang guru di sebuah skolah kat area Gombak.. dengar cerita nak beli skuter.. wah.... awek skuter kot.. peewwiitt!! haha.....

Nor, dengar cerita bekerja dengan pakcik nya.. tp xsure la kerja apa.. mungkin manager kot.. dia bercita2 nak bukak kolam ikan dulu.. nk libatkan diri dalam perniagaan ikan.. I'allah... kalau ada rezki bleh la beli ikan free kat kolam nor nanti ye.. kekeke...

Yana, seorang yang bercita2 menjadi business women.. kini telah menyepikan diri.. xpasti buat apa.. kalau dulu dia bisnes broadband.. skang ni mungkin dia tgh cipta broadband kot.. keke...

Fathi skarang semakin laris dipasaran.. dengar banyak jugak jemputan dikir skarang.. baru2 ni g berdikir kat gombak... balik, training lagi.. xtau la kat mana pulak.. dia baru je beli camera DSLR Canon 500D.. I'allah... photographer plak pasni.. sesapa nak tangkap gambar utk function ke.. bleh la panggil dia ye..

Thanks to all my friends yg banyak support aku masa study... bnyak lg nak sebut tp xpayah la.. bnyk sgt.. kang ada yang x tersebut terasa plak.. huhu...

k..
-peace-