12 October 2010

Melayu Boleh!

Di Malaysia hari ini telah dicatatkan beberapa orang terkaya di persada tanah air. Didalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia yang mempunyai asset ratusan juta ringgit. Mereka antaranya Tan Sri Syed al-Bukhary dengan jumlah asset terkumpul AS$1.8 Billion, Tan Sri Azman Hashim dengan jumlah asset terkumpul AS$ 700 Juta, Dato' Kamaruddin Meranun dengan jumlah AS$ 280 Juta, Datuk Abdul Hamid Sepawi sebanyak AS$ 180 Juta, Ahmayuddin Ahmad dengan AS$ 155 Juta, YAM Raja Eleena Sultan Hj Ahmad Shah dengan AS$ 150 Juta. Ini adalah antara rekod kejayaan kekayaan orang melayu di bumi melayu sendiri. Antara lain juga ialah Tony Fernandez, Dr Azizi Ali. forbes.com

Yang terbaru, kejayaan seorang pemuda MELAYU. PADA usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.

Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT. “Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu. Beliau adalah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh iaitu Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd. jutawansenyapsenyap.blogspot.com

Dr Azizi Ali didalam pertemuan dengannya pada tahun 2009, satu soalan telah saya ajukan kepadanya. "Pada pendapat Dr, apakah yang menyebabkan sesuatu perniagaan itu menjadi maju, berkembang dan mampu bertahan didalam sesuatu industri?" Maka beliau menjawab
"Sekiranya hari ini kita melihat perniagaan perabot (sbg contoh), adalah suatu usaha yang sangat menguntungkan, maka kita pun buat. Selepas 3 tahun, industri perabot mula menurun. Kita mula gusar dan mencari-cari sesuatu yang lebih menguntungkan. Kita pun buat keputusan untuk usahakan perniagaan lain. Maka begitulah asas sesuatu perniagaan yang berdasarkan keuntungan semata-mata. Tetapi jika anda tanya saya, saya menjawab, perkara asas didalam sesuatu perniagaan adalah MINAT. Minat amat penting kerana minat, kita akan fokus dan pergi lebih jauh. Kita akan sentiasa belajar dan mendalami minat kita dengan baik. Sama ada industri naik atau turun, kita tetap akan usahakan apa yang kita minat. Sebagai contoh mudah, orang lelaki, kalau dia dah gila main bola, memang dia akan gila segala-galanya dengan bola.. kasut bola, jersi bola, malah bola tu sendiri. kasut bola bukannya murah jugak.. kadang-kadang sampai RM900 pun ada. Kalau yang jenis minat memancing, berhari-hari pun sanggup ditengah laut. Inilah yang kekuatan minat yang saya maksudkan. Perasaan yang membuatkan tindakan kita selesa, sentiasa kita hendak lakukan dan sanggup berkorban demi minat tersebut.



Pesanan beliau ini boleh kita selarikan didalam cerita Kuasa Pemikiran Postif. Donald Trump mengatakan kejayaan hanya melalui 2 perkara iaitu "Lakukan perkara yang kita cintai atau Cintai perkara yang kita lakukan".

Chef Wan, seorang tokoh masakan terkenal didunia pada ketika ini pernah menyebut "Saya hanya melakukan perkara yang paling saya suka!"

08 October 2010

Penyamun Yang Malang..


Pertama sekali syukur Alhamdulillah kerana tiada sebarang kemalangan jiwa @ kecederaan...

kes ni berlaku di hadapan sebuah kilang di Sg. petani.. ia berlaku seawal jam 8 pagi.. suspek belum dapat dikenal pasti melalui video ini.. namun, laporan polis telah dibuat di balai polis Sg. Petani.. I'allah.. dengan bahan yang ada kita akan berjumpa dengan suspek xlama lagi... hahaha....

rompakan ini juga dianggap malang selepas beg tangan yang dicuri tidak ada isi.. segala barang didalam beg tersebut telah jatuh.. tgk la masa mamat tu lompat atas motor.. kan ada benda hitam jatuh kt kaki dia.. tu la brg yg nak dicuri sebenarnya... haha...

nasihat saya... jagalah diri baik-baik.. haha...

Otak & Minda

Otak adalah antara ciptaan Tuhan yang paling bernilai. Ia tidak berfungsi secara fizikal. Namun, kekuatan dan kemampuannya sangat menakjubkan. Otak mempunyai sekitar 10 hingga 15 billion neurons. Ia bersambung-sambung antara neurons dan dikenali sebagai synapse berjumlah 10 trillion. Otak manusia terdiri daripada 3 bahagian iaitu neocartex, mammalian dan reptilian.

Neocartex telah membahagikan otak kepada 2 bahagian iaitu otak kiri dan kanan. Neocartex memainkan peranan dalam memproses data visual, sebahagian pemprosesan auditiari, data hasil sentuhan, mengawal pemikiran, pendengaran, penglihatan dan pertuturan. Otak kanan lebih cenderung kepada intuitif, kreatif, subjektif pandangan dan nilai estetika. Otak kiri pula lebih dikenali dalam bidang numeric seperti logik akal, analitikal, kualitatif dan rasional. Otak Mamalian pula berfungsi sebagai medium memori dan otak Reptilian pula mengawal pernafasan serta degupan jantung.

Otak bukanlah minda. Minda dan otak adalah benda yang berbeza. Namun, ia mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Rozieta Shaari, pakar motivasi dan modal insan berkata, "Minda kita bukan otak kita. otak kita adalah organ yang digunakan bagi berfikir. Ia adalah sesuatu yang fizikal dan boleh dipegang. Minda adalah lebih dari itu dan ia berfungsi pada alam meta-fizikal."

Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Fukuoka, Jepun mendapati pengambilan makanan yang mengandungi glukosa akan dapat meningkatkan keupayaan otak bagi mengingat. Contohnya dengan memakan coklat bar atau susu, keupayaan kita untuk mengingat akan meningkat dalam masa 2 jam selepas mengambilnya. Glukosa dalam darah akan meningkat dan menghasilkan bahan kimia dan merangsang daya ingatan.

Selain pemakanan, gaya hidup sihat juga memberi kesan kepada otak. Orang yang selalu bersenam akan mempunyai otak yang cerdas. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Ilionois membuktikan peningkatan antara 5 hingga 7% dalam sistem pernafasan turut memberikan peningkatan dalam kecerdasan minda sehingga 15%.

Kebanyakkan orang kurang menggunakan kemampuan otak secara optimum kerana mereka kurang berfikir dengan menggunakkan kedua-dua belah otak. Merangsang keseluruhan otak bagi berfikir dianggap cara terbaik mengekalkan ketajaman fikiran dan menguatkan daya ingatan. Semakin otak kita dirangsang semakin kurang risiko mendapat nyanyuk. Kajian juga membuktikan iaitu ingatan akan menjadi lemah apabila otak tidak digunakan dan tidak selalu dirangsang.

Dr. Vidula Mhaiskar dari Universiti Bombay menyaranka supaya kita selalu ketawa bagi kecerdasan otak. kata beliau "Apabila kita selalu ketawa otak akan menghasilkan hormon endorfin yang memberi kesan baik kepada badan kita."

Kesimpulannya, otak adalah perkara penting yang paling asas bagi kita faham manfaatnya sebelum kita memulakan langkah lebih jauh dalam menuju kejayaan.

06 October 2010

Kuasa Pemikiran Positif

Rahsia asas yang menjadi kejayaan Donald Trump adalah pemikiran positif yang dimiliki beliau. Didalam artikel beliau Be Positive Every Single Day menasihatkan supaya "Kita perlu berfikiran positif setiap hari kerana tiada sesiapa pun yang akan melakukannya untuk kita". Dengan gaya berfikir seperti ini akan menjadikan kita lebih optimis. "Tidak kira berapa besar atau hebat cabaran yang dihadapi, hadapilah ia dengan optimis. Perkara yang membolehkan kita menguruskan, membentuk malahan akan melepasinya dengan gemilang."

Didalam Inside Trump Tower yang diterbitkan pada 14 Jun 2005 dengan tajuk Think Big, beliau menjelaskan supaya kita tidak mengehadkan kemampuan diri kita. Berfikiran kecil ketika kita mampu berfikiran besar akan mengehadkan kejayaan yang sepatutnya kita miliki pada masa hadapan. "Be Positive but Realistic," katanya lagi. Tahap motivasi lahir daripada sikap positif yang ada dalam minda seseorang. Semakin bermotivasi seseorang itu, semakin besar tenaga positif dalam mindanya. Bagi mengatasi cabaran negatif, tenaga positif mampu mengatasi atau meneutralkan tenaga yang negatif.

Di Trump University, beliau seringkali mengingatkan kepada peminat-peminatnya dengan berkata " Bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai 2 pilihan sahaja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan."

Nazri Kadir. 'Berfikir Gaya Trump'. PTS Professional, 2010.