12 October 2010

Melayu Boleh!

Di Malaysia hari ini telah dicatatkan beberapa orang terkaya di persada tanah air. Didalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia yang mempunyai asset ratusan juta ringgit. Mereka antaranya Tan Sri Syed al-Bukhary dengan jumlah asset terkumpul AS$1.8 Billion, Tan Sri Azman Hashim dengan jumlah asset terkumpul AS$ 700 Juta, Dato' Kamaruddin Meranun dengan jumlah AS$ 280 Juta, Datuk Abdul Hamid Sepawi sebanyak AS$ 180 Juta, Ahmayuddin Ahmad dengan AS$ 155 Juta, YAM Raja Eleena Sultan Hj Ahmad Shah dengan AS$ 150 Juta. Ini adalah antara rekod kejayaan kekayaan orang melayu di bumi melayu sendiri. Antara lain juga ialah Tony Fernandez, Dr Azizi Ali. forbes.com

Yang terbaru, kejayaan seorang pemuda MELAYU. PADA usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.

Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT. “Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu. Beliau adalah Datuk Wan Mohammad Sani Salleh iaitu Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd. jutawansenyapsenyap.blogspot.com

Dr Azizi Ali didalam pertemuan dengannya pada tahun 2009, satu soalan telah saya ajukan kepadanya. "Pada pendapat Dr, apakah yang menyebabkan sesuatu perniagaan itu menjadi maju, berkembang dan mampu bertahan didalam sesuatu industri?" Maka beliau menjawab
"Sekiranya hari ini kita melihat perniagaan perabot (sbg contoh), adalah suatu usaha yang sangat menguntungkan, maka kita pun buat. Selepas 3 tahun, industri perabot mula menurun. Kita mula gusar dan mencari-cari sesuatu yang lebih menguntungkan. Kita pun buat keputusan untuk usahakan perniagaan lain. Maka begitulah asas sesuatu perniagaan yang berdasarkan keuntungan semata-mata. Tetapi jika anda tanya saya, saya menjawab, perkara asas didalam sesuatu perniagaan adalah MINAT. Minat amat penting kerana minat, kita akan fokus dan pergi lebih jauh. Kita akan sentiasa belajar dan mendalami minat kita dengan baik. Sama ada industri naik atau turun, kita tetap akan usahakan apa yang kita minat. Sebagai contoh mudah, orang lelaki, kalau dia dah gila main bola, memang dia akan gila segala-galanya dengan bola.. kasut bola, jersi bola, malah bola tu sendiri. kasut bola bukannya murah jugak.. kadang-kadang sampai RM900 pun ada. Kalau yang jenis minat memancing, berhari-hari pun sanggup ditengah laut. Inilah yang kekuatan minat yang saya maksudkan. Perasaan yang membuatkan tindakan kita selesa, sentiasa kita hendak lakukan dan sanggup berkorban demi minat tersebut.



Pesanan beliau ini boleh kita selarikan didalam cerita Kuasa Pemikiran Postif. Donald Trump mengatakan kejayaan hanya melalui 2 perkara iaitu "Lakukan perkara yang kita cintai atau Cintai perkara yang kita lakukan".

Chef Wan, seorang tokoh masakan terkenal didunia pada ketika ini pernah menyebut "Saya hanya melakukan perkara yang paling saya suka!"

08 October 2010

Penyamun Yang Malang..


Pertama sekali syukur Alhamdulillah kerana tiada sebarang kemalangan jiwa @ kecederaan...

kes ni berlaku di hadapan sebuah kilang di Sg. petani.. ia berlaku seawal jam 8 pagi.. suspek belum dapat dikenal pasti melalui video ini.. namun, laporan polis telah dibuat di balai polis Sg. Petani.. I'allah.. dengan bahan yang ada kita akan berjumpa dengan suspek xlama lagi... hahaha....

rompakan ini juga dianggap malang selepas beg tangan yang dicuri tidak ada isi.. segala barang didalam beg tersebut telah jatuh.. tgk la masa mamat tu lompat atas motor.. kan ada benda hitam jatuh kt kaki dia.. tu la brg yg nak dicuri sebenarnya... haha...

nasihat saya... jagalah diri baik-baik.. haha...

Otak & Minda

Otak adalah antara ciptaan Tuhan yang paling bernilai. Ia tidak berfungsi secara fizikal. Namun, kekuatan dan kemampuannya sangat menakjubkan. Otak mempunyai sekitar 10 hingga 15 billion neurons. Ia bersambung-sambung antara neurons dan dikenali sebagai synapse berjumlah 10 trillion. Otak manusia terdiri daripada 3 bahagian iaitu neocartex, mammalian dan reptilian.

Neocartex telah membahagikan otak kepada 2 bahagian iaitu otak kiri dan kanan. Neocartex memainkan peranan dalam memproses data visual, sebahagian pemprosesan auditiari, data hasil sentuhan, mengawal pemikiran, pendengaran, penglihatan dan pertuturan. Otak kanan lebih cenderung kepada intuitif, kreatif, subjektif pandangan dan nilai estetika. Otak kiri pula lebih dikenali dalam bidang numeric seperti logik akal, analitikal, kualitatif dan rasional. Otak Mamalian pula berfungsi sebagai medium memori dan otak Reptilian pula mengawal pernafasan serta degupan jantung.

Otak bukanlah minda. Minda dan otak adalah benda yang berbeza. Namun, ia mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Rozieta Shaari, pakar motivasi dan modal insan berkata, "Minda kita bukan otak kita. otak kita adalah organ yang digunakan bagi berfikir. Ia adalah sesuatu yang fizikal dan boleh dipegang. Minda adalah lebih dari itu dan ia berfungsi pada alam meta-fizikal."

Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Fukuoka, Jepun mendapati pengambilan makanan yang mengandungi glukosa akan dapat meningkatkan keupayaan otak bagi mengingat. Contohnya dengan memakan coklat bar atau susu, keupayaan kita untuk mengingat akan meningkat dalam masa 2 jam selepas mengambilnya. Glukosa dalam darah akan meningkat dan menghasilkan bahan kimia dan merangsang daya ingatan.

Selain pemakanan, gaya hidup sihat juga memberi kesan kepada otak. Orang yang selalu bersenam akan mempunyai otak yang cerdas. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Ilionois membuktikan peningkatan antara 5 hingga 7% dalam sistem pernafasan turut memberikan peningkatan dalam kecerdasan minda sehingga 15%.

Kebanyakkan orang kurang menggunakan kemampuan otak secara optimum kerana mereka kurang berfikir dengan menggunakkan kedua-dua belah otak. Merangsang keseluruhan otak bagi berfikir dianggap cara terbaik mengekalkan ketajaman fikiran dan menguatkan daya ingatan. Semakin otak kita dirangsang semakin kurang risiko mendapat nyanyuk. Kajian juga membuktikan iaitu ingatan akan menjadi lemah apabila otak tidak digunakan dan tidak selalu dirangsang.

Dr. Vidula Mhaiskar dari Universiti Bombay menyaranka supaya kita selalu ketawa bagi kecerdasan otak. kata beliau "Apabila kita selalu ketawa otak akan menghasilkan hormon endorfin yang memberi kesan baik kepada badan kita."

Kesimpulannya, otak adalah perkara penting yang paling asas bagi kita faham manfaatnya sebelum kita memulakan langkah lebih jauh dalam menuju kejayaan.

06 October 2010

Kuasa Pemikiran Positif

Rahsia asas yang menjadi kejayaan Donald Trump adalah pemikiran positif yang dimiliki beliau. Didalam artikel beliau Be Positive Every Single Day menasihatkan supaya "Kita perlu berfikiran positif setiap hari kerana tiada sesiapa pun yang akan melakukannya untuk kita". Dengan gaya berfikir seperti ini akan menjadikan kita lebih optimis. "Tidak kira berapa besar atau hebat cabaran yang dihadapi, hadapilah ia dengan optimis. Perkara yang membolehkan kita menguruskan, membentuk malahan akan melepasinya dengan gemilang."

Didalam Inside Trump Tower yang diterbitkan pada 14 Jun 2005 dengan tajuk Think Big, beliau menjelaskan supaya kita tidak mengehadkan kemampuan diri kita. Berfikiran kecil ketika kita mampu berfikiran besar akan mengehadkan kejayaan yang sepatutnya kita miliki pada masa hadapan. "Be Positive but Realistic," katanya lagi. Tahap motivasi lahir daripada sikap positif yang ada dalam minda seseorang. Semakin bermotivasi seseorang itu, semakin besar tenaga positif dalam mindanya. Bagi mengatasi cabaran negatif, tenaga positif mampu mengatasi atau meneutralkan tenaga yang negatif.

Di Trump University, beliau seringkali mengingatkan kepada peminat-peminatnya dengan berkata " Bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai 2 pilihan sahaja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan."

Nazri Kadir. 'Berfikir Gaya Trump'. PTS Professional, 2010.

18 September 2010

Jamuan Muhibbah

Pada tahun ni, para penduduk Jalan Sejati 3/1 & 3/2.. telah mengadakan satu majlis Jamuan Muhibbah sempena Hari Raya 'Idulfitr 2010..

Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk terlibat iaitu Hj Hasnul Hj Ab Rahman dan keluarga, Hj Omar & keluarga, Uncle Ten & keluarga (xtau nama sebenar, jiran baru), Hj Jailani & keluarga, en. Mohd Zain & keluarga, en. Mohd Bakri & keluarga, en. Laideen & keluarga, en. Zul & keluarga, en. Zailan & keluarga, en. Mazlan & keluarga, Jamil co & Assc sekeluarga.

Tidak lupa juga kepada bekas penduduk kawasan iaitu Dato' Rashid Bin Din sekeluarga, Dr Ku Azhar sekeluarga dan Dr Abdul Razak sekeluarga...

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama jiran.. antara program yg dilakukan bersama adalah memasang & menurunkan khemah, merebus ketupat dan bersembang panjang.. sebab yang lain2 tu beli je pun.. haha.... tp ok la sbb penyediaan semua berlangsung dalam setengah hari.. so, ada la jugak aktiviti bersama..

terima kasih diucapkan kepada Idaman Kasturi Bakery, Puan Asma Ku kerana sponsor kek raya.. Pn Ju sponsor kuah kacang... bagi yang tidak disebut ucapan terima kasih jugak dihulurkan.. tak sebut kot2 tak perasan.. ada lg tu.. tapi tak ingat..

Diharapkan program seperti ini dapat menjalinkan ukhuwah dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita...

wallahu a'lam..

10 September 2010

Salam 1 Syawal

Berlalu lah sudah Ramadhan.. sebulan berpuasa..... hmm... habis sudah ramadhan tahun ni.. sekejap je berlalu akan ia.. tanpa dirasai kan.. tambah pulak dengan final exam dalam bulan puasa kan.. study2 je dah petang.. study lg.. sahur la pulak.. bangun, dah nak tgh hari.. study2 nak berbuka dah.. macam tu lah liku2 perjalanan bulan ramadhan kali ni.. ni dah raya dah.. skali lagi tiba dipersimpangan.. persimpangan yg memisahkan kita dengan ramadhan.. semoga ramadhan tahun depan dpat bertemu lg...

Raya tahun ni cam suram sket.. sebabnya si kecik (Damia) tu ikut beraya kat umah atok dia kt PD.. dan sebabnya jugak tahun lepas dia dah beraya kt sini.. so, redha je la.. lepas tu plak kena mulakan hidup baru sebagai org yg akan berjuang untuk terus hidup.. nak seronok2 ngan kawan2 kolej pasni xde dah.. bye2 la.. aku akan BZ ngan kerja.. Alhamdulillah.. Rezki... dapat gheja, kumpul duit sket n kawin.. kawin?? ada calon ke?? haha... yg tu biar la aku ngan mak aku je yg jawab.. sbb bapak aku xkesah pun.. ngan sesapa yg aku suka pun, dia akan kata... apa lagi?? kawin je la... haha.. come on la daddy.. i've my taste ok.. so, soal ayah xpayah risau la.. tp plan je la kan.. kawin nya xtau lg la bila.. haha.. bg pembaca blog ni.. doa2 kan la cepat2 aku kawin ye.. huhu..

ok.. Bagi yg pulang ke kampung.. Hati2 di Jalanraya.. jgn ingt org yg tersayang sgt.. nnti xleh cocentrate bawak gheta.. lg cepat mati plak.. haha..

Selamat Hari Raya 'Idulfitr
Maaf Zahir & Batin
-peace-

14 May 2010

Misi Menempuh Semester akhir..

Misi kali ni agak mencabar sedikit.. biasa la bila terasa nak menang.. confident level kena maintain dan tidak boleh terlalu excited.. kena rilex, cool dan bila enjin dah panas baru press sampai habis..

Banyak betul benda yang menanti disebalik dinding sana.. semoga semua perancangan berjalan dengan lancar.. aku harap, aku dapat sampai ke sebalik dinding tersebut dengan selamatnya..

Ia bukan lah satu pengakhiran.. contoh nya cerita adam maya yg baru sahaja habis hari ni.. best ke? ntah.. aku xtgk pn.. yg pasti.. copy all episodes ada ngan awe.. haha.. apa lg.. penuhkan la pendrive aku yg 4 GB tu.. xcukup? boh sekerat2.. nnti aku layan sekali round je.. puas hati.. cam pengalaman aku tgk cerita nur kasih.. ingt lg x? nur dan adam? abg aidil? cat? haha.. cerita yg menghabiskan sisa2 sem 2 dulu.. skang ni sem 4, sibuk ngan adam maya plak.. hahak.. macam2...

hampir 2 tahun aku kt KUIS ni nak habiskan ijazah.. hmm.. bnyk benda yg aku kena quarantine.. tp xpa.. demi memenuhi impian mak ayah aku dan jugak untuk masa depan aku.. ye la.. hanya sehelai kertas.. tp org yg berilmu xsama darjat dengan org yg kurang ilmunya.. manusia nilai pada kertas.. xdak ijazah pn boleh hidup mewah.. boleh kaya.. aku xnafikan pun.. tp beza akal fikiran jugak dapat dilihat melalui ilmu yg dia ada.. kan? kalau nak cakap pasal semut.. semua org dalam dunia ni tengok benda tu dan semua akan berkata " Ini Semut!".. setuju x? tetapi tahukah anda.. seorang professor di USM (kalau xsilap) kaji pasal semut ni dah masuk 15 tahun dah.. rasa2 hampa la.. 15 tahun punya kajian tu sama x dengan apa yg ada dalam fikiran anda sekarang ni? hahak.. renung2kan la ye..

hmm.. budak umah ni semua dah lelap dah.. aku xtau kenapa aku xbleh lelap lg.. yg pasti.. aku masih mengarang blog aku ni.. lama dah xmenulis kat sini..

banyak benda sebenarnya nak tulis.. tp xpa lah.. xsemua benda yg boleh kita bgtau ngan org kan.. ada certain benda hanya org tertentu ja yg bleh tau.. hahak..

k la.. salam..

22 February 2010

Salam 2010

Hai.. lama dah tak mai tang ni.. maklum la kan.. la ni agak sibuk sket.. tp xpa.. ada masa, aku mai la dok jengah2 tang ni.. lgpun la ni dok kalut ngan exam.. kalo nama exam, mmg xdan apa dah la.. xdan ka? haha.. hanya mereka dan keluarga mereka yg tahu.. huhu..

Alhamdulillah.. jadual exam musim ni xla se'hebat' jadual musim lepas.. sem ni bnyk gap.. yg mana diantara gap2 tersebut, sempat la aku prepare apa2 yg patut dlm keadaan yg agak tenang.. xla pressure sgt.. macam sem lepas.. adoyai... btul2 menguji kekuatan mental.. tp.... ish2.. xbaik mengungkit kan? ha?? mengungkit ke? haha..

utk 2010 ni, bnyk jgk perkara yg berlaku.. antaranya adalah kematian si lembik.. pemergiannya amat menyayat hati penghuni sekitar sini.. tp nak buat macam mana kan.. dah ajal.. kena terima la.. yg terbaru ni pulak.. sahabat rumah dah semakin berkurangan... kurang xpa.. yg jadi masalah ialah.. overhead meningkat.. dulu bayaq bahagi 7.. la ni byaq bahagi 4.. sib baik sewa rumah bahagi 5.. hmm.. mampuih la.. pakat makan maggi pulak la.. haha...

Dunia bolasepak.. dunia bolasepak aku dah tamat.. dah hampir 2 nak masuk 3 bulan dah aku xmain bola.. buat masa ni aku rasa macam dah serik dah nak main bola.. w/bgmana pn, peluh mesti kena kasi keluar.. so, aku amik jalan lain utk nak but sedemikian.. la ni aku dok gila badminton plak.. hahaa.... siap beli riket baru lg.. sapa nak men habaq mai la.. haha.. main syok2 ja.. kalo ada tournament bawah 23 tahun, pakai xmasuk dah la aku.. haha... la ni... tu la yg aku dok buat.. cuma kadang2 p jgk la jogging2 ka.. jln2 cari mkan ka.. haha..

k la.. sok2 smbg plak..