14 October 2009

Rumah Sewa @ Asrama

Salam Sejahtera kepada semua pembaca.. Haa.. isu kali ni aku bawakan khas dan eksklusif kepada anda semua.. haha..

Pagi td aku adakan pertemuan dengan salah seorang pensyarah.. aku dah dapat maklumat2 berkenaan dengan isu Wajibnya semua pelajar mendiami asrama bagi semester hadapan.. berkemungkinan besar perkara tersebut akan dilaksanakan.. aku dah tgk (dari sumber yg amat kuat) bahawasanya satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan hal ini.. mesyuarat tersebut telah dijalankan pada 2 Oktober 2009 dengan berkeputusan bahawa semua pelajar wajib duduk di asrama..

Timbalan Rektor telah bertindak selaku pencadang untuk mewajibkan seluruh pelajar tinggal di asrama pada semester hadapan.. Tindakan itu telah menyebabkan semua ahli mesyuarat akur kerana beliau merupakan Pengerusi Mesyuarat yang juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi Kolej..

Antara perkara yang dibincangkan juga adalah:

1) Pelajar yang hendak tinggal di luar hendaklah mendapat surat kebenaran dari ibubapa dengan mengemukakan alasan yang kukuh.. Namun, pihak Kolej pastinya memberi syarat yang ketat bagi mengelakkan perkara itu berlaku..

2) Asrama lama hanya membenarkan 4 orang 1 bilik, tiada katil 'double decker'.. yuran asrama jatuh RM5.50 sehari..

3) Bagi BOT pula, yuran akan meningkat sebanyak hampir 10% bagi setiap 3 tahun dan bayarannya mencecah RM19.00 sehari (tidak dinyatakan type mana)..

4) Segala urusan asrama 'maintainance' adalah dibawah tanggungjawab developer..

5) Pihak Kolej telah mengikat contract dengan Developer selama 30 tahun untuk milikan asrama.. maknanya, selepas 30 tahun barulah asrama (BOT) tersebut akan diselia sepenuhnya oleh pihak Kolej.. sepanjang 30 tahun itu, Kolej berhutang dengan Devoloper dan hutang tersebut akan dibayar oleh pelajar melalui yuran yang tinggi.. Satu perjanjian juga telah dibuat iaitu perjanjian oleh pihak kolej yang akan MEMASTIKAN asrama akan dipenuhi oleh pelajar bermula semester hadapan..

Saya memandang isu ini merupakan sesuatu yang serious.. Pihak Kolej sepatutnya peka dengan keadaan, situasi dan kemampuan pelajar.. Sebagai pelajar, kami tidak mempunyai sebarang pendapatan malah secara majoritinya pelajar hanya mengharapkan kepada pinjaman PTPTN @ MARA dan ibubapa.. Tidak semua pelajar yang mampu menanggung kos pengajian dan menampung kos-kos lain sepanjang semester.. Masih ramai pelajar yang hanya mengharapkan pinjaman semata-mata..

Pihak Kolej juga sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pelajar bagi membincangkan isu ini kerana ia melibatkan peningkatan dari segi bayaran yuran dan sudah semestinya memberi kesan kepada kedudukan kewangan setiap pelajar..

Semoga pihak Kolej dapat mempertimbangkan perkara ini.. Sekian, Terima Kasih..

Dah macam surat rasmi aku bg kt rektor dah..haha..

~1 MALAYSIA~
~Peace No War~

1 comment:

  1. adoi mr own. kne gak ke dok hostel??
    emm pe la agk nye ciri2 alasan kukuh yg kolej bakal accept ek??
    baru je nk bernafas ngn duit pt tu..

    ReplyDelete