27 November 2009

cuti-cuti raya....

Hari ni Hari Raya 'Aidil Adha.. tp xrasa macam raya pun.. banyak benda yang rasanya lebih penting dalam kepala otak ni.. sampai raya kali ni pun dah xdak feel.. tp sebelum2 ni pun raya haji ni xdak la feel sgt.. lebih kurang macam ni jgk la..

cuti raya kali kira sekali dengan cuti mid-sem aku.. so, ada la kawan2 aku yg datang menziarahi utara places kan.. aku bawakla p jalan2 sket.. pusing2 mana tempat yg patut.. yg xbestnya, aku xdapat bawak depa p tempat yg depa nak p.. so, travel satisfaction tu xtercapai la.. sorry la kawan2 eh.. aku sebenaqnya letih sgt.. tp xsampai hati plak tgk kawan2 dtg jauh2 pastu dok terperap ja kan..

aku bertolak balik dari kL jam 12 malam.. dan sampai ke penang lebih kurang jam 430 ke 5 pagi camtu la.. balik lepak umah jap.. took a nap, then dalam pukul 9 lebih2 tu aku patah balik ke kL.. sebab kakak ipaq aku bersalin hari tu.. sampai kL dah pukul 2.. check-in hotel.. pastu p plak hospital dekat selayang tgk abg dgn akak ipaq aku tu.. rilek2 smpai nak dekat magrib la.. balik tu x p hotel lg.. p bawak plak mak ayah dan adik2 aku pusing2 kL.. p bli2 barang sket.. smpai la kul 12 gak la.. pastu dah blik hotel, aku tidoq.. esok pg bgn pala dok pening.. 40 jam badan bergerak ma.. driving utk long distance ni... fuuu.... letih otak dan minda beb.... masa balik tu singgah umah besan sat.. pastu aku terus shoot la.. dari bukit beruntung sampai tol juru.. 2 jam... ada bran?? hahaa... alhamdulillah.. sampai l umah semua dengan selamatnya.....

esok nya, aku pn p la amik kawan2 aku p bawak p jalan sket... p je la tempat2 mana yg sempat dan yg aku mampu pergi.. haha.. xlarat aku.. ptg tu aku dah 'out' dah.. that's why aku ajak lepak queensbay ja.. balik pun masuk jalan dah xbetul dah.. asik salah ja.. sib baik la bdk2 kL tu xtau.. wat malu org kampung ja.. haha...

ada jgk kawan2 aku yg terasa dgn percutian tidak terancang tu.. tp xpa... aku ada plan baik punya korg semua.. nnti lepas balik cuti kita plan.. mesti jd punya.. haha... I'allah....

Salam 'Aidiladha......
-peace no war-
-1 Malaysia-


28 October 2009

Mantera Beradu By Malique & M. Nasir

Masih belum sempurna..

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna

25 October 2009

Baki 24 Jam

Hari ni hari ahad.. merupakan hari terakhir cuti semester.. esok dah nak mula class dah.. mood dah ada sket2 dah.. minda semakin focus.. cumanya, jiwa ni masih berkecamuk lagi.. xdapat nak buang masalah2 dalaman dan kemelut yang sememangnya menyerabutkan..

semalam aku p la jalan2 kat kolej.. p tgk jadual.. mak aih jadual sem nih.. sememangnya membuatkan kehidupan aku ni bz.. kelas mula kui 8 dan habeh pada pukul 7 ptg.. tgh2 tu ada la lopong sket2.. tp tu la yg buat penat.. nak ulang alik p class.. kalau skali jalan ja xpa la lagi.. mmm.. tp tu pn xtau lagi jadual confirm macam mana.. sat g dah masuk class lecturer plak dok buat ubah masa.. pecah kepala!! hahaha.. mintak2 jgn dok buat lg la class malam2 nih.. xlarat nak layan dah class malam nih.. siang dah whole day ngan class.. dok tarik mai malam plak lagi la.. bleh berlaku litar pintas pada wayar minda yang dok berhubung dengan akal.. bengong pala otak aku.. haha..

sem ni plak dah mula buat tesis @ business research methodology.. supervisor xtau lagi sapa.. semalam dah semangat dah nak p cari.. skali hari sabtu plak.. mana la ada orang kt kolej tu.. tinggai pak gad ja.. so, kena tunggu isnin jugak la... berkenaan dengan tesis aku nih... aku xtau lg nak bagi tajuk apa.. base line dah ada.. bahan rasanya ada kot.. cumanya, aku harap dapat lecturer dari fakulti aku la.. yg senang nak paham dengan tesis aku nanti.. risau plak jd macam kawan aku tu.. buat pasal internet banking.. tp supervisor dari fakulti pengurusan.. management.. dah tu 1 haprak pun xpaham pasai internet banking tu.. last2 member aku kena repeat la sbb dok gaduh ngan supervisor dia.. dia dah cerita elok dah.. mai kat supervisor dia kata salah.. padahal, supervisor dia tu yg salah.. xtau apa benda yg member aku ni cerita.. adoi... pening....

xpalah.. yg penting sem ni kena atoq strategi baru.. sbb sem lepas strategi aku xmenjadi.. xtau la pasai pa.. tp aku still xdapat perform jugak.. kecewa jugak rasanya.. tp aku mmg dari dulu lg susah nak perform time exam.. mungkin sebab habitat kot.. habitat?? haha.. mengarut ja.. esok 1st class aku kui 8 pagi.. xtau la nak p atau pn xlg.. sbb.. ala.... 1st class kan.. cam xbiasa plak.. haha..

Nak buat ucapan sket kat kolej.. tima kasih pasai bagi kami dok luaq.. dah.. tu ja nak habaq.. haha..

~ 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan ~
7.30 a.m

17 October 2009

Allah Maha Kuasa..

Gempa di Padang jam 17.16, gempa seterusnya 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba perhatikan Al-QurĂ¢an!!! Demikian bunyi pesanan singkat.. Siapa yang membuka Al-Quran dengan menghayati ayat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:
17.16 (Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (Al Israa' ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."
8.52 ( Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya.
Juz dan ayat Al-Quran sama dengan masa kejadian gempa bumi...SUBHANALLAH...

14 October 2009

Kisah Praktikal @ Tesis

Setelah mengadakan 1 pertemuan dengan Dekan Hal Ehwal Pelajar pada jam 11.20 pagi td.. Beliau telah menghurai panjang berkenaan isu samada pelajar BBAEC mempunyai pilihan untuk menjalankan Latihan Praktikal @ Tesis..

Berkatanya beliau bahawasanya dengan ia maka tidaklah dipersetujui oleh para pensyarah Fakulti Pengurusan Dan Muamalah dan Jabatan Pengurusan Perniagaan dan E-Dagang untuk memberi pilihan kepada segala pelajar BBAEC samada melakukan latihan praktikal atau tesis..

Mengikut kata beliau, sekiranya pihak fakulti mewujudkan latihan praktikal, maka, akan tertambahlah akan ia yakni yuran.. kerana, diperingkat ijazah latihan praktikal dianggap amat penting dan sekiranya ia wujud maka hendaklah akan ia diwujudkan jugak jam kredit.. haa.. paham xpaham ayat aku nih? pesyen kitab lama sket.. haha..

Manakala, sekiranya diwujudkan jugak Latihan Praktikal (atas desakan pelajar), maka, tesis tidak sekali2 dapat dilupuskan.. ini kerana tesis itu wujud atas arahan dari MQA.. kalau sekiranya wujud Latihan Praktikal, maka wujud la jugak Tesis tu.. Tiada pilihan keatasnya..

Point yang penting jugak adalah.. KUIS telah memprogram silibus BBAEC untuk 1 jangkamasa yang singkat.. biasanya 4 tahun.. tp KUIS hanya 3 tahun dan bagi pelajar lama hanya 2 tahun.. atas dasar itu MQA meminta Jabatan wujudkan tesis..

Kalau nak jugak pihak kolej boleh pertimbangkan.. akan tetapi.. Tesis tetap ada dan yuran akan meningkat berikutan tambahnya jam kredit untuk latihan praktikal..

tu ja yg boleh cheq habaq mai.. yang len bleh p refer sendiri neh.. hehe..

Harap Maklum..

Rumah Sewa @ Asrama

Salam Sejahtera kepada semua pembaca.. Haa.. isu kali ni aku bawakan khas dan eksklusif kepada anda semua.. haha..

Pagi td aku adakan pertemuan dengan salah seorang pensyarah.. aku dah dapat maklumat2 berkenaan dengan isu Wajibnya semua pelajar mendiami asrama bagi semester hadapan.. berkemungkinan besar perkara tersebut akan dilaksanakan.. aku dah tgk (dari sumber yg amat kuat) bahawasanya satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan hal ini.. mesyuarat tersebut telah dijalankan pada 2 Oktober 2009 dengan berkeputusan bahawa semua pelajar wajib duduk di asrama..

Timbalan Rektor telah bertindak selaku pencadang untuk mewajibkan seluruh pelajar tinggal di asrama pada semester hadapan.. Tindakan itu telah menyebabkan semua ahli mesyuarat akur kerana beliau merupakan Pengerusi Mesyuarat yang juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi Kolej..

Antara perkara yang dibincangkan juga adalah:

1) Pelajar yang hendak tinggal di luar hendaklah mendapat surat kebenaran dari ibubapa dengan mengemukakan alasan yang kukuh.. Namun, pihak Kolej pastinya memberi syarat yang ketat bagi mengelakkan perkara itu berlaku..

2) Asrama lama hanya membenarkan 4 orang 1 bilik, tiada katil 'double decker'.. yuran asrama jatuh RM5.50 sehari..

3) Bagi BOT pula, yuran akan meningkat sebanyak hampir 10% bagi setiap 3 tahun dan bayarannya mencecah RM19.00 sehari (tidak dinyatakan type mana)..

4) Segala urusan asrama 'maintainance' adalah dibawah tanggungjawab developer..

5) Pihak Kolej telah mengikat contract dengan Developer selama 30 tahun untuk milikan asrama.. maknanya, selepas 30 tahun barulah asrama (BOT) tersebut akan diselia sepenuhnya oleh pihak Kolej.. sepanjang 30 tahun itu, Kolej berhutang dengan Devoloper dan hutang tersebut akan dibayar oleh pelajar melalui yuran yang tinggi.. Satu perjanjian juga telah dibuat iaitu perjanjian oleh pihak kolej yang akan MEMASTIKAN asrama akan dipenuhi oleh pelajar bermula semester hadapan..

Saya memandang isu ini merupakan sesuatu yang serious.. Pihak Kolej sepatutnya peka dengan keadaan, situasi dan kemampuan pelajar.. Sebagai pelajar, kami tidak mempunyai sebarang pendapatan malah secara majoritinya pelajar hanya mengharapkan kepada pinjaman PTPTN @ MARA dan ibubapa.. Tidak semua pelajar yang mampu menanggung kos pengajian dan menampung kos-kos lain sepanjang semester.. Masih ramai pelajar yang hanya mengharapkan pinjaman semata-mata..

Pihak Kolej juga sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pelajar bagi membincangkan isu ini kerana ia melibatkan peningkatan dari segi bayaran yuran dan sudah semestinya memberi kesan kepada kedudukan kewangan setiap pelajar..

Semoga pihak Kolej dapat mempertimbangkan perkara ini.. Sekian, Terima Kasih..

Dah macam surat rasmi aku bg kt rektor dah..haha..

~1 MALAYSIA~
~Peace No War~

09 October 2009

UnTajukable..

Setelah hampir 3 minggu aku kat umah ni.. diriku mula berasa bosan.. aku yang dulunya sering sibuk dengan aktiviti sebagai seorang pelajar.. bercita-cita tinggi mengejar impian.. untuk menjadi seorang saudagar barang import eksport (tp xtau nak import eksport apa).. kini pulang bercuti ke kampung halaman.. cutinya aku dari segala aktiviti.. membuatkan aku resah, gundah dan rasa xsenang.. kerana aku xreti duduk diam malah xkenal erti rehat.. segala game dlm laptopku telah aku juarai.. namun, perkara itu belum cukup membuatkan aku berasa puas.. bagiku, cuti cukup sekadar 3 ke 4 hari.. kerana cuti lama2 tu dah tak boleh dipanggil cuti lagi dah.. dia akan jd malas dan baloq dari melakukan segala benda.. btoi dak?

Setelah diteliti, aku mengambil keputusan untuk pulang awal ke campus.. mmg perkara ini menjadi kebiasaan.. sbb nnti senang dapat mood, relax dan xkelam kabut mcm orang lain.. esok nk start class, hari ni baru nak balik.. so, mcm tergesa2 la kan.. mana nak kemas2 lg.. hmm.. however, masing2 ada cara masing2 kan.. hehe..

walaupn cuti aku kali ni dianggap bosan.. namun, ada beberapa perkara yg membuatkan aku bersemangat.. haha.. ni part yg paling aku suka.. nak kata pasal jumpa family tu.... biasala kan.. dah xpayah cerita lg.. antara benda dan perkara yg paling aku suka dlm dunia ni ialah bisnes.. aku dah dapat bisnes baru.. haha.. ada beberapa benda yg aku buat dan... berjaya.. yes.. alhamdulillah.. cuma ada beberapa perkara ja yg belum dapat kata putus lg.. tp, puas hati la.. sbb aku dapat bawak bisnes masuk dlm company.. kalo berjaya, itu adalah kejayaan pertama aku dlm company.. hehe...

bercerita pasal bisnes.. aku ni mmg gila bisnes.. jatuh bgn aku dlm bisnes ni.. xramai yg tau.. cuma... ada la jgk yg tau kot.. haha.... ala.. sorry, aku xdapat terus kan cerita ni.. ada panggilan 'kecemasan'.. nanti akan aku smbung lg k.. nak tau x? ala.. blog aku.. punya pasal aku la kan.. hahaha....

-peace no war-
-1 Malaysia-
-Malaysia Boleh-
- Bay-gusss-

26 September 2009

Rumah Terbuka

Dihari raya ni sedara-sedara, banyak sungguh rumah terbuka.. makanan macam-macam ada.. sampai xtau nak makan apa dah.. petang malam.. petang malam.. fully invited..

Bercerita pasal open house a.k.a rumah terbuka ni.. aduh.. banyak! Hari Khamis baru ni.. YB Dato Rashid Din selaku ahli parlimen bahagian Merbok telah mengadakan rumah terbuka di rumah dia.. Ramai jugakla yang hadir.. antaranya dari DUN Tanjung Dawai iaitu Dr Hamdan Khalid, Hj Sobri (CEO KHTP) dan ramai lg la.. nama yg xdisebut bleh hantaq email kat aku.. nnti aku masukkan nama hampa k.. haha.. kaum india dan cina jugak turut hadir bagi memeriahkan majlis.. semua adalah rakyat jelata bg parlimen Merbok.. awat? ingat aku nak kata konsep 1 Malaysia?? Come on la.. Islam Untuk Semua!! Politik je lebih tu.. fikir-fikirkan lah..

Jadi, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih la kepada Dato' kerana sudi menjemput kami hadir ke majlis rumah terbuka yang telah dilagsungkan pada 24 Sept 2009.

Tu cerita hari khamis.. hari ni.. ada lg.. pasai banyak sgt.. orang dok buat belah-belah petang ngan malam kan.. hari ni dapt jemputan pagi.. buat open house waktu pagi.. haha.. breakfast.. so, breakfast free la hari ni.. makan best plak tu.. nasi dagang then ada lg la.. apa benda ntah kuih tu.. aku bantai ja.. sedap punya pasal.. tambah 2 kali.. nasi dagang 2 kali, ngan kuih2 tu pun aku balun lg kot atas.. haha.... makan2.. halal.............

Esok, nak p kenduri.. tak cukup dengan jamuan dan open house.... NAH! kawan aku buat kenduri terus..

Petang, br dapat mesej td.. esok jemputan rumah terbuka.. Sampai perak nu! Kg Serkai Jadi, 31750 Tronoh, perak.. ayuh sedara-sedara! Kita MAKAN lagi!!! haha...

Woi, ahad aku free.. bleh la wat jemputan.. haha..

Selamat Hari Raya 'Eid Fitr
Maaf Zahir dan Batin
sentiasa mohon maaf.. jemputan makan banyak lagi.. hihi.....

21 September 2009

Salam 'Eid Fitr

Amboi-amboi.. syok sungguh heh depa beghaya.. sampai naik sengkak perut2.. ketupat, lemang, dodol, lontong, samprit, almond london, shortbread, kek coklat, cheese dan apa ke bendanya lg smpai aku pn xtau nak sebut.. semua pakat dok berebut tempat dalam perut.. kalo dlm bola sepak kira fight for the first eleven la.. haha.. boh jangan xboh!!

ghumah sapa yg x p lg? pak cu, pak tam, pak long, pak ngah, pak lang, tok njang, endak, busu, pak su dan lain2 lg la.. haa... jgn lupa.. p semua.. makan free.. balun smpai ghapat! haha..

mmber2? tok bun, mat tighih, din botak, lan lembut, topui, ciken, jambu ayaq, adi lep, jan dagu, badang, lipas, kayu golf dan semua2 la.. aku pn xt'ingat dah nak sebut nama2 depa ni.. p semua p..

Ghaya kali ni agak lesu sket tang tmpat aku ni.. ya la.. member2 semua xdak kali ni.. pakat balik kmpung.. thun ni pn aku xbalik kampung.. ghaya kt ghumah ja.. ya la.. beraya dgn geng yg xdak tok.. haha.. semua pkat ghaya tang ni.. ramai la jugak.. tp semua level parent aku ja la.. tp xpa... aku pn dah biasa ghaya kt ghmah ni.. mangli dah.. balik ke x.. sama ja bg aku..

Hari ni aku makan paling banyak.. selalu aku makan sikit ja.. haha.. kat kolej pn aku mkan sikit jgk.. diet.. huhu.. aku ni pantang sekali makan daging.. xbleh aku.. tp nak buat mcm mana.. makanan favourite aku daging.. mak aku masak, masak asam daging, rendang putih, ayam sambal, lontong.. yg bab rendang putih tu aku mmg xbg chance.. dulu makanan favourite aku rendang putih tu la.. kalo mak aku xmsak mmg raya tahun tu xbermakna la bg aku.. so, mak aku mesti akan masak jgk.. lgpn tu makanan tradisi keluarg kami.. kisahnya bermula 2 tahun yg lalu..

xtau la mcm mana.. aku dah xbleh dah makan daging.. bermula dengan gusi aku.. bila aku kena ja daging mesti gusi aku bengkak.. dulu la.. tahun lepas mmg aku control.. sket2 je aku makan.. so, ok la.. xde masalah.. lepas daripada tu.. aku pn xmakan dah daging2 ni.. then start nak exam hari tu la.. br makan balik.. maksudnya dlm kadar yg kerap.. exam kan.. paham2 je la.. overnight.. apa lg.. mcD la.. walaupun agak maintain tp gusi aku tetap bengkak.. tp sikt je la.. xla menjejaskan aku sgt.. so, aku pun rasa mcm dah power.. konon2 la..

Hari aku bantai daging rendang putih yg mak aku masak.. lepas geram la.. konon2 ingat dah power.. sekali amik ngkau!! gusi aku bengkak dah mcm apa dah.. kepala aku pening.. bdn aku panas.. dah mcm org makn kambing plak.. adeh.... poning kepala den! so, kawan2.. jgn sekali2 bg hidangkan aku dgn hidangan yg berasaskan daging.. kalau double cheese burger xpa.. tu pn 1 ja.. haha.. set large (demand).. haha..

esok ada lagi.. nak p berghaya ghumah kawan2 ayah aku.. nak tau rumah sapa? haa... nnti kan episod 2 esok.. haha..

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin.

16 September 2009

Pulang Berhari Raya

Hari ini merupakan hari terakhir aku kat sini.. untuk sem ni la.. semua pakat balik dah.. hanya tinggal segelintir lg ja yg belum balik.. termasukla dengan aku..

Perjalanan dari sini ke rumah aku yang mengambil masa kira-kira 5 ke 6 jam mungkin akan menjadi 9 ke 10 jam hari ini.. dengar2 orang dah start cuti dah.. sibuk je.. adoi.. jalan mesti jam punya ni.. mau t'cabut jantung aku lama2 kt highway tu.. sib baik cuti sebulan.. haha..

Kepada kawan2.. especially kepada dak2 class aku.. awe, salyana, della, lella n illa.. kat sini aku mengambil kesempatan untuk memohon jutaan kemaafan kat hampa semua diatas salah silap, kekasaran, keterlanjuran dalam perkataan mahu pun perbuatan.. samada sengaja atau pun tidak.. sorry la no.. juga kepada adik2.. kot2 ada yg terasa dgn gurau senda sepanjang sem ni.. haha.. semua tu xdisengajakan.. tp kadang2 ada jgk yg sengaja.. tp maafkan jela ek.. haha..

Disini jugak, aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA 'EID FITR kepada semua kawan2, kenalan dan manusia2 yg mengenali diriku ini.. Doakan perjalanan aku malam ni selamat dan dijauhkan dari saman trafik.. haha..

k.. -peace-


09 September 2009

Saja Syok-syok..

adoi... setelah sekian lama aku tak update blog aku ni.. hari ni baru la nak tengok2 balik apa benda la yang ada dalam ni.. haha.. maklum la.. la ni dok exam.. tak dan dah nak tengok benda-benda ni..

hai... exam dah nak abeh.. pikiran pun mula beralih.. dalam otak dok terbayang kuih.. kalo dapat memang aku nak balun sampai habeh.. haha..

sedaq tak sedaq bulan puasa kali ni dah sampai ketengah dah.. dah dalam fasa yang kedua la mengikut kata ust2 kan.. mcm2 jugak la yg berlaku untuk ramadhan kali ni.. dgn karenah kawan2.. budak2 class.. dengan exam lg dlm bulan puasa ni.. dan yg paling baru sekali jawab final exam pada waktu malam.. haa.... best la jugak jawab exam waktu malam ni.. otak cam tenang rilek semacam ja.. haha.. tenang tu sbb boleh jawab.. kalo dah xbleh jawab hg bagi la time subuh pun.. tetap xbleh jawab jugak kan.. haha...

jumaat ni paper economy.. managerial economy.. then sabtu ada 2 paper.. web programming ngan MIS (management information system).. adeh.. MIS tu yg agak merisaukan.. lemah btoi la bab IT ni.. huhu.. lepas tu merdeka dah la sabtu tu.. tp tetap jugak la xbleh balik.. sebab nak kena tunggu adik aku kt Uitm tu cuti.. adoi.. menyibuk ja.. haha.. tp xpala.. adik aku kan..

hari ni xtau nak buat apa.. xdak mood nak study.. lgpn dah tengahari nak ke petang ni.. nak pegang buku pakai dak dah la.. haha..

k la.. bnyak dah aku merapu ni.. Assalamualaikum..

22 August 2009

Motivasi Rasulullah Di Bulan Ramadhan

Salman al-Farisi berkata, bahawa baginda Rasulullah s.a.w. berkhutbah di akhir bulan Syaaban, sabda baginda:

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu dibayangi dengan satu bulan yang agung lagi diberkati, iaitu bulan yang ada di dalamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan Allah puasa fardu pada siang hari, amalan sunnat pada malam-malamnya.

"Sesiapa yang melakukan sesuatu kebaikan daripada amal-amal kebajikan dan kebaikan, seolah-olah dia telah melakukan satu perkara fardu, sementara yang melakukan satu perkara fardu (pada bulan Ramadan), seolah-olah dia telah melakukan 70 perkara fardu."

Ramadan adalah bulan kesabaran, dan pahala sabar itu akan membawa ke syurga. Ia juga bulan bertolak ansur, berkasih sayang, bulan yang menambahkan rezeki golongan mukmin.

Sesiapa yang memberi dan menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa, baginya keampunan seluruh dosa-dosa yang pernah dilakukannya serta pelepasan dari api neraka. Baginya juga pahala yang tidak berkurangan dari orang yang berpuasa.

Para sahabat bertanya: "Sebenarnya kami tidak ada apa yang boleh dijadikan juadah berbuka puasa untuk yang berpuasa, bagaimana kami boleh meraih pahala?"

Baginda menjawab: "Allah tetap akan memberi pahala menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar, atau seteguk air atau setitis susu untuk orang berpuasa."

Ini kerana sabda baginda, pada 10 pertama Ramadan adalah rahmat, 10 pertengahan disediakan keampunan dan 10 akhir Ramadan adalah pelepasan daripada api neraka.

Justeru, tegas baginda, perbanyakkan pada bulan Ramadan dengan empat perkara:

"Dua perkara daripadanya adalah untuk mendapatkan keredaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi tidak boleh tidak, kamu mesti melakukannya.

"Dua perkara untuk mendapatkan Tuhan kamu itu adalah dengan mengucap syahadat La Ilaha Illallah (tiada Tuhan melainkan Allah) dan memperbanyak Istighfar.

"Sementara dua perkara yang mesti kamu lakukan adalah memohon kepada Allah untuk memasuki syurga-Nya dan minta dijauhkan daripada memasuki neraka-Nya.

"Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberi minum kepadanya dari telagaku, di mana dia tidak akan merasa dahaga selepas meminumnya hingga dimasukkan dalam syurga." (Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam kitab sohihnya, al-Baihaqi dan Ibnu Hibban).

Selamat Beramal..

21 August 2009

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

haa.. saudara saudari sekalian.. Malam ni bermulalah Solat Sunat Tarawikh.. maknanya, bermulalah Bulan Ramadhan Al-Mubarak.. Dalam satu hadis ada menyebut:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)

Jadi, marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan menggandakan amalan-amalan sunat yang ganjarannya amatlah berlipat kali ganda..

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita umat yang lebih kuat dan teguh imannya kepada Allah Rabbul Jalil..

Kepada semua, puasa tau.. jangan tak posa.. kepada adik-adik, puasa.. nanti tak dapat duit raya.. haha..

11 August 2009

Alex Ferguson tak Puas Hati!



FERGUSON (kiri) menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada Foy pada perlawanan Perisai Komuniti kelmarin.


LONDON - Alex Ferguson menyelar keputusan pengadil perlawanan, Chris Foy yang tidak melayangkan kad merah kepada Michael Ballack pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley kelmarin.

Perancang Chelsea itu dilihat menyiku Patrice Evra sehingga menyebabkan pertahanan Manchester United terjatuh.

Foy bagaimanapun membiarkan permainan diteruskan dan situasi itu menyaksikan Frank Lampard meledakkan gol kedua Chelsea ketika kedudukan terikat 1-1.

"Jika pengadil melihatnya dengan teliti, ia satu kesalahan kad merah," kata Ferguson.

"Dia telah menyiku Evra dengan jelas. Pengadil berada berhampiran dan mempunyai pandangan yang jelas, jadi dia (Ballack) lebih bernasib baik. Begitupun, sekurang-kuranya pengadil patut menghentikan permainan."

Ferguson juga menuduh kalangan pemain bintang The Blues yang sengaja berpura-pura cedera untuk melambatkan permainan.

"Ketika gol kedua mereka, pengadil membuat keputusan untuk enggan menghentikan permainan. Dia telah pun menghentikan permainan sebanyak dua kali," kata Ferguson.

"Pengadil kata ia insiden yang serius walaupun Ballack terus bangun selepas itu. Apabila pemain berlakon untuk menghentikan permainan, itulah perkara yang saya bimbangkan.

"Perbuatan itu tidak betul. Sesuatu harus dilakukan untuk menanganinya. Jika pengadil denda pemain kerana menghentikan permainan, maka tidak mengapa. Tapi dia (pengadil) tidak membuat keputusan dengan baik hari ini." - Agensi

04 August 2009

Salam H1N1

Pada hari ini, tanggal 4 August 2009,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
tempat aku mengaji telah pun diarahkan Tutup,
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini adalah berikutan Virus H1N1 yang menular
diseluruh negara pada ketika ini.

Pihak pengurusan kolej telah melaporkan bahawa
seramai 700 orang pelajar telah dijangkiti
simptom-simptom Virus H1N1.
Rentetan dari wabak tersebut,
seorang pelajarnya telah meninggal dunia
pada pagi 4 /8/2009.
Pada hari Kolej ditutup la..

Dengan itu,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
telah mengeluarkan NOTIS PENUTUPAN
bermula dari tarikh
04/08/2009
sehingga
10/08/2009.

Pesanan kepada semua pelajar,
bercutilah dengan selamat.
Jangan syok sangat,
ingatlah orang yang tersayang.

Sumber: sumber mana ada.. aku buat sendiri la..
blog aku.. aku punya pasai la..
haha..



Virus H1N1

Mutasi virus selesema

Virus influenza A boleh melalui proses mutasi dalam dua cara - perubahan antigenik yang mana antigen sedia ada berubah. Satu lagi membabitkan perubahan gabungan dua atau lebih antigen. Perubahan antigen ini berlaku dari setahun ke setahun membabitkan jenis yang lazimnya dijangkiti manusia. Berikutan itu, manusia mempunyai separuh, jika tidak sepenuh kekebalan. Sebaliknya, virus H1N1 yang baru itu dilihat berasal daripada perubahan antigen babi di Mexico.

Potensi virus ini

Nama selesema babi itu memberi gambaran kurang tepat kerana ia seolah-olah mengaitkan babi sebagai ‘lubuk’ campuran beberapa jenis virus selesema iaitu gabungan genetik babi, unggas dan manusia. Ada antara antigen itu membabitkan jenis baru yang tidak pernah disaksikan sistem imun hampir keseluruhan manusia. Berikutan itu, jenis baru ini berpotensi mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran.

Bolehkah manusia dijangkiti selesema babi?

Ia lazimnya tidak dijangkiti manusia, kecuali kes tertentu membabitkan mereka yang bersentuhan dengan haiwan itu. Malah ada kes yang sebelum ini jarang berlaku yang mana manusia menyebarkan virus itu kepada individu lainnya. Wabak terbaru ini menjadi bukti jangkitan antara manusia dari manusia itu secara mudah dan cepat yang sekali gus memerlukan perhatian segera pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia. Virus itu tersebar dari manusia kepada manusia, sama seperti virus selesema lain menerusi batuk, bersin atau sentuhan pada permukaan yang dijangkiti.

Apakah ia jenis baru virus?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sekurang-kurangnya beberapa kes jangkitan manusia membabitkan jenis H1N1 yang belum pernah dilihat sebelum ini. H1N1 ialah jenis sama yang menyebabkan wabak demam selesema di kalangan manusia sering berlaku. Tetapi kali ini, jenisnya berbeza kerana mengandungi material genetik yang lazimnya ditemui dalam virus yang dijangkiti manusia, unggas dan babi.

Contoh kejadian penyebaran selesema babi di kalangan manusia?

  • 1976 - Wabak selesema babi di kalangan anggota tentera di Fort Dix, New Jersey. Virus itu menyebabkan masalah pneumonia atau radang paru-paru yang dihidapi sekurang-kurangnya empat askar dan satu kematian lain. Virus itu tersebar dengan mudah berikutan persekitaran latihan ketenteraan dan terhad kepada pihak luar.
  • 1988 - Seorang wanita 32 tahun yang hamil dan diketahui sihat, dimasukkan ke hospital kerana radang paru-paru dan mati lapan hari kemudian. Pemeriksaan lanjut menemui virus H1N1. Empat hari sebelum jatuh sakit, mangsa mengunjungi satu pesta pameran babi dan binatang itu diketahui mempunyai gejala selesema babi.


Sejauh mana bahayanya?

Simptom selesema babi sama seperti jenis yang mencetuskan demam selesema yang sering berlaku, seperti demam, batuk, sakit tekak, sengal badan, kesejukan dan lemah atau lesu.

Perlukah kita bimbangkan ancamannya?

Berikutan ciri-ciri virus baru ini yang memungkinkan penyebaran dari manusia kepada manusia, ia perlu dipantau rapi sebagai persiapan kemungkinan mencetuskan wabak besar-besaran pada peringkat global. Pihak WHO sudah memberi amaran, jika kes di Mexico dan Amerika Syarikat itu sama, ia boleh mencetuskan pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia dan menegaskan keadaan sekarang sememangnya serius, biarpun ada pakar menyifatkannya terlalu awal untuk menilai keadaan itu secara keseluruhannya. Tetapi mereka tidak menolak kemungkinan dunia semakin hampir kepada wabak demam selesema besar-besaran sejak wabak yang tercetus pada 1968.

Pakar turut mengkategorikan tahap ancaman itu di paras empat berbanding skala enam peratus. Tiada siapa pun tahu impak keseluruhan wabak besar-besaran itu, tetapi pakar sebaliknya sudah memberi amaran ia boleh menyebabkan kehilangan berjuta-juta nyawa.

Hakikat, kesemua kes di Amerika Syarikat dan lainnya yang menyebabkan gejala atau simptom sederhana, disifatkan sebagai satu perkembangan yang menggalakkan. Ia menunjukkan seriusnya wabak di Mexico berkemungkinan besar disebabkan faktor geografi yang berbeza dan disifatkan amat luar biasa yang mungkin menunjukkan ada virus kedua yang tiada kaitan menular dalam masyarakat dan berkemungkinan tidak semudah itu mencetuskan masalah di seluruh dunia.

Kemungkinan lain, mangsa yang dijangkiti di Mexico, mungkin mendapatkan rawatan lewat di negara lain.

Andaian lain, mungkin juga virus yang tersebar di Mexico berbeza daripada jenis yang tersebar di tempat lain dan ini pun masih perlu disahkan oleh analisis makmal. Namun, hakikat majoriti mangsanya masih muda juga disifatkan menjadi petunjuk yang agak aneh kerana andai masalah ini dikaitkan dengan musim demam selesema, ia lazimnya menyerang mangsa yang lebih tua.

Berapa lamakah tempoh mereka yang dijangkiti menyebarkan kepada orang lain?

Mereka yang dijangkiti selesema babi, disifatkan sebagai boleh menyebarkan virus itu selagi masih ada simptom berkaitan sehingga tujuh hari sejak gejala itu mula dikesan. Kanak-kanak misalnya, berpotensi dijangkiti bagi tempoh lebih lama.

Simtpom atau gejala?

Demam, batuk, sakit badan, sukar bernafas

Bolehkah virus ini dikawal?

Virus ini sudah pun menunjukkan tanda-tanda penularan hampir di seluruh dunia dan kebanyakan pakar percaya usaha mengawalnya pada era yang menyaksikan perjalanan udara suatu kelaziman, sememangnya amat sukar.

Cara rawatan dan vaksinnya?

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata ada dua jenis ubat yang sering digunakan bagi merawat demam selesema - Tamiflu dan Relenza yang terbukti berkesan merawat kes sebelum ini. Namun, ia perlu diberi seawal mungkin bagi memastikan keberkesanannya. Penggunaan ubat ini juga menyukarkan virus itu dijangkiti orang lain. Kerajaan Britain sudah pun menyediakan bekalan 33 juta dos Tamiflu yang dipesan awal bagi berdepan pandemik ini. Namun, tidak jelas sejauh mana keberkesanan vaksin yang ada sebagai perlindungan jenis baru virus ini yang secara genetiknya berbeza daripada jenis lain. Saintis Amerika sudah pun menghasilkan vaksin baru tetapi ia memerlukan masa untuk disempurnakan dan dihasilkan bagi memenuhi permintaan besar dunia. Ada satu vaksin yang digunakan bagi melindungi manusia daripada versi awal selesema babi di Amerika pada 1976. Bagaimanapun, ia menyebabkan kesan sampingan serius, termasuk kira-kira 500 kes sindrom Guillain-Barré yang menyebabkan lebih banyak kematian berbanding kesan wabak ketika itu.

Apa harus lakukan untuk selamat?

Mereka yang mempunyai simptom atau gejala demam selesema atau ada kemungkinan terdedah kepada virus selesema babi, perlu mendapatkan rawatan perubatan termasuk segera ke hospital.

Bagaimana mengelak jangkitan?
  • Elakkan berada di tempat mereka yang kurang sihat dan menghidap demam serta batuk.

  • Amalan kawalan am jangkitan dan persekitaran yang bersih, boleh mengurangkan risiko menyebarkan virus.

  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dengan menggunakan tisu dan dibuang dengan cara betul.

  • Kerap basuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman dan air bagi mengelak penyebaran virus dari tangan ke muka serta kepada orang lain. Juga, kerap cuci permukaan seperti tombol pintu, menggunakan cecair cucian yang sesuai.

  • Gunakan topeng pernafasan jika menjaga mereka yang sakit, selain mengelak risiko menyebarkan virus.

  • Segera berjumpa doktor jika mempunyai simptom dan pernah melawat Mexico, New York, California, Texas dan Ohio di Amerika Syarikat serta ke Kanada selepas 17 April lalu.
Sumber: Berita Harian

02 August 2009

Roti: Antara Bahaya dan Keperluan.

Oleh,
S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

-Suntingan Azizi Hj Abdullah, Editor Utusan Pengguna (CAP).

Sumber dipetik dari: Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

30 July 2009

Apa itu MLM?

Menurut Setiausaha Majlis Shariah, Asian Finance Islamic Bank Berhad. Ustaz Hj. Zaharuddin Hj. Abdul Rahman ketika ditemui, corak perniagaan berasaskan jualan langsung atau MLM ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

"Secara umumnya MLM adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak tingkat. Biasanya ia dikenali dengan istilah upline dan downline. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan sama ada yang bersifat vertikal (atas ke bawah) mahupun horizontal (kiri ke kanan), ataupun gabungan keduanya. Ia merupakan sistem promosi atau jualan barangan dan perkhidmatan yang baru, berbeza dengan bentuk perniagaan tradisional yang menjual produk atau perkhidmatan di premis tertentu. Malah, ia dipromosikan oleh individu yang dilantik menjadi pengedar atau ejen. Setiap ahli yang menyertai perniagaan tersebut mempunyai target yang perlu dicapai bagi mendapatkan ganjaran yang ditawarkan.

"Ia juga merupakan alternatif bagi mereka yang mahu mulakan perniagaan tetapi mempunyai modal yang terhad atau tidak mempunyai sijil spesifik dalam bidang perniagaan. Syarat penyertaan juga cukup mudah. Asalkan pandai bercakap dan menyakinkan orang ramai serta rajin berkempen sudah cukup untuk melayakkan diri menjadi ahli. Statistik tahun 2003 menunjukkan industri MLM Malaysia mencatatkan jualan RM4 bilion dan lebih dari tiga juta rakyat Malaysia terlibat dalam urus niaga MLM.

"Syarikat yang menganjurkan perniagaan alternatif ini perlu mempunyai lesen AJL (Akta Jualan Langsung) yang diperoleh dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP). Untuk mendapatkan lesen tersebut, syarikat dikehendaki membuat presentation produk atau perkhidmatan serta mengemukakan pelan pemasaran kepada pihak Kementerian terlebih dahulu. Namun, amat mendukacitakan apabila terdapatnya syarikat yang menukar pelan pemasaran yang dibentangkan setelah mendapat kelulusan dan lesen AJL. Perubahan drastik yang dilakukan menjadi lebih kompleks sehingga ada yang menyalahi disiplin dan akta yang dikenakan. Mujurlah pihak kementerian bertindak bijak apabila menyiasat enam buah syarikat MLM yang dicurigai melakukan perkara yang bertentangan akta dan peraturan beberapa bulan lalu.

"Hanya mereka yang benar-benar berani dan ‘tak tahu malu' saja yang boleh menyertai perniagaan ini. Mereka perlu sungguh-sungguh bercerita demi untuk menyakinkan orang ramai tentang kelebihan produk yang dijual selain melengkapkan bilangan ‘kaki' (downline) yang diperlukan untuk mereka naik ke tahap yang lebih tinggi. Pendek kata, memang kena tebal muka. Sungguhpun begitu terdapat beberapa risiko yang perlu ditelitikan. Jangan kerana terlalu taksub dan teruja mendapatkan wang lebih sehingga sanggup berhenti kerja atau belajar dan akhirnya mengalami masalah kewangan yang serius," katanya.

Credit to: Ust zaharuddin

Assalamualaikum..

Salam sejahtera diucapkan kepada anda yang telah melayari blog ni.