Sejauh-jauh aku berjalan, seluas pandangan aku perhatikan, sebanyak pengalaman aku sempadankan.. Namun, semua itu hanya sebahagian kecil yang aku bekalkan untuk menempuh arus realiti.. Semakin aku bergerak, ada pula yang menggerakkan aku ke suatu daerah yang tidak pernah aku jangka.. Semua telah ditentukan oleh Allah.. Amin ya Rabbal 'Alamiiinn..
Kehidupan ini memang singkat.. Dunia pula tidak sebesar mana.. Taqwa, Redha dan Sabar adalah senjata yang membezakan antara muslim yang mukmin dan muslim yang tidak mukmin. Didalam Hadith 40, karangan Imam Nawawi ada menyebut 'Allah lebih suka mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah'.
Yakinlah pada ketentuan Allah.. Kerana Allah Maha segala-galanya.. sudah pasti Dia lebih tahu apa yang Dia tentukan.. Jangan sesekali goyah, resah malah berdukacita akan ketentuannya.. kerana ia membawa kita hampir kepada Syirik. Tidak yakin dengan Allah. Sunnah perjuangan diuji lebih dasyat dari segala ujian pada hari ini.. Mendalami perjuangan para nabi, yang merupakan utusan Allah yang maksum.. Suci daripada dosa.. Juga diuji dengan pelbagai ujian.. Rasulullah s.a.w dicaci, dimaki hamun, dihina dan sebagainya.. Namun tetap menjalankan dakwah dan terus berdoa kepada Allah dengan penuh yakin dan kudus..
Bertemu dengan seorang ahli perniagaan, beliau berkata 'hidup ni memang kena usaha, semua orang usaha nak hidup senang, pendek kata kaya lah.. tetapi perasan tak? kadang-kadang yang usaha sikit tu Allah bagi lebih kat dia, sedangkan yang usaha bagai nak rak ni dok goyang macam tu la jugak, memang la kalau ada usaha boleh la kaya sikit tp Allah pun tengok jugak kita usaha macam mana'. Anda dapat maksudnya?
Fikir-fikirkan dan renungkan lah... Selamat Beramal.