11 January 2011

Ekspedisi ke Broga Hill


Pada 10.1.11 kami telah memanaskan diri seawal jam 4 a.m untuk aktiviti riadhah ke puncak bukit.. Destinasi pilihan kami kali ni adalah Bukit Broga.. Panaskan diri je jam 4 a.m.. tp bertolak nk dekat jam 5 dah.. adalah masalah yang xdapat dielakkan..



Kami mula mendaki pada jam 5.30 a.m dan tiba di puncak pada kira2 jam 6.30 a.m.. lambat la sket.. sbb ada stop2.. setibanya diatas, kami menunaikan solat subuh dan mulakan sesi penggambaran.. haha... sambil tu layan feeling la sket.. menikmati udara segar yang dikelilingi pokok2 yang hijau.. kan bagus tu... hehe..

Kami bergerak turun pada jam 8 a.m.. singgah sebentar untuk sarapan pagi disebuah perkampungan dan terus mandi di Sg. Tekala.. Lepas tu... kami balik la.. nk p mana lg.. xdak p mana dah.. xlarat sebab dah overnight..

I'allah.. Next trip xsure lg bila.. tp dah ada perancangan..

-peace-
wassalam..

06 January 2011

Salam 2011

Bismillahirrahmanirrahim.....

Berjumpa lagi ditahun baru.. 2011.. Adalah suatu tahun yang semakin mendewasakan kita semua.. Banyak sungguh kenangan yang berlalu pada 2010..

2010 merupakan suatu tahun yang penuh dengan mood study dan merupakan zaman kemuncak sebagai student.. setiap minggu ada je program dengan dak2 class.. hidup rasanya xpernah sunyi dan bosan.. kalau bosan, ada je program yang akan menghilangkan bosan.. ada je port nak lepak2.. xkira la jauh ke dekat.. asal ajak je.. mesti 'on'... kira cam kuat rayau gak la.. tp yang paling best.. study pun xlupa.. ada je port nak study.. time rayau, memang rayau habis.. tapi time study plak, pun study habis2.. selagi xhabis jangan harap la nak jumpa bantal.. lagi pun biasala.. aku kan lelaki.. mesti la sifat malas tu menebal gak kan.. haha...

Teringat aku dengan kawan2 aku dulu.. masing2 ada karakter masing2.. Nik Fathi.... merupakan seorang jagoan dikir barat kat campus.. ala... sapa xkenal ngan mamat tu.. pantang ada function.. mesti ex-Ketua Jabatan JPM panggil.. "Awe, minggu ni ada function dekat sini, lepas tu minggu depan kat sana plak, suruh budak2 kamu training". Kiranya, sampai JPM sanggup keluar bajet la nak memenuhi keperluan budak2 dikir dia tu.. Lepas tu Diela.. Diela ni orangnya bijak.. kalau bab kira mengira ni memang serah kat dia la.. semua benda nanti dia kira.. tau la pandai math... tp xpayah la nak marah2 aku masa study.. sib baik xpegang rotan.. kalau x naya badan aku kena libas dengan dia.. lepas tu cerita dia dengan ajib xpernah putus.. ada je pasalnya.. gaduh ngan ajib la.. ajib nakal la.. ajib buat itu la.. sampai cerita ajib nak mengorat awek dia pun ada.. hahaha.... yang lawak tu ajib tu kecik je lg.. kantoi gagal mengorat pun nk cerita kat kakak dia... Diam2 dah la ajib.. xpandai cover line betul la.. hahaha..... pastu Laila.. dia ni nampak je kecik.. cam budak skolah kot.. ni pun garang bleh tahan gak.. tp satu je kelemahan dia.. dia xboleh tgk muka aku ni.. asal tgk je nk gelak.. pada hal muka aku ni dah serious habis dah.. line2 gangster punya muka r.. ish.. kalau betul aku ni gangster memang dah kena sangkut kat siling dah minah ni.. haha..... tp dia rajin r.. semua benda dia nak wat nota.. yang aku pelik tu.. baru je habis kuliah, nota dia dah siap dah.. pastu balik wat nota lagi.. ntah apa ntah nota yang dia tulis.. aku pun xtau.. woi... nota orang tulis ringkas je la.. ni wat nota dah macam buku teks dah.. takut plak aku nk baca.. hahaha.... tp ok la.. sbb nota dia tu jugak la bnyk bantu aku nak jawab exam.. hehe... thanks lela...

Nor...... seorang yang sensitif.. aku baru nyanyi lagu sudirman sikit je... xhabis 1 rangkap pun.. air mata dia dah jatuh terkenangkan mak.. aku baru nak tangkap feeling.. habis kena tukar lagu rap plak.. adoyai..... dia sgt lemah lembut.. siap kena bawak p berubat la kiranya.. haha.. come on nor!! kuatkan semangat!! 2011 ni... azam baru k... pasal busuk2 tu xnak dah.. haha.... senget sket2 ok la.. kekekeke...... Yana.... seorang yang sangat cekal dan tabah.. dia jugak seorang yang fokus bila buat kerja.. banyak la yang dia bantu untuk siapkan assignment.. actually semua pun macam tu.. tp yana ni lain sket.. dia minat buat bisnes sendiri.. siap buat bisnes sewa broadband kat asrama.. share partner dia tu la.. Nor.. skarang ni xtau la ada orang ke x yang mewarisi perniagaan d/orang masa kat kolej dulu..

ni la classmates aku.. ktorg xramai pun.. 6 org je 1 class.. ktorg sgt rapat.. bnyk benda yg ktorg share sesama.. 2 tahun study macam xrasa apa2.. kalau nak cerita kat sini, memang xhabis la.. mcm benda la.. tapi semua tu hanya tinggal dalam ingatan masing2... actually korg mmg best.. simple and easy.. xbnyk karenah.. nk buat kerja pun senang.. especially bila ada group job kan.. senang handle ngan korg.. steady r beb..

skang ni semua dah ada kt kmpg halaman masing2.. Dila, sebab banyak sangat mengira, skang ni dah menjadi seorang usahawan ternakan lembu dan kambing kat perak.. Besar kandang dia.. sesapa yg nk beli lembu @ kambing bleh cari dila.. nak no phone?? kena bayar komisyen.. kalau xnak bayar, cari la sendiri... kekeke...

Lela plak, tu la... bnyak sangat buat nota.. skang ni dia dah menjadi seorang guru di sebuah skolah kat area Gombak.. dengar cerita nak beli skuter.. wah.... awek skuter kot.. peewwiitt!! haha.....

Nor, dengar cerita bekerja dengan pakcik nya.. tp xsure la kerja apa.. mungkin manager kot.. dia bercita2 nak bukak kolam ikan dulu.. nk libatkan diri dalam perniagaan ikan.. I'allah... kalau ada rezki bleh la beli ikan free kat kolam nor nanti ye.. kekeke...

Yana, seorang yang bercita2 menjadi business women.. kini telah menyepikan diri.. xpasti buat apa.. kalau dulu dia bisnes broadband.. skang ni mungkin dia tgh cipta broadband kot.. keke...

Fathi skarang semakin laris dipasaran.. dengar banyak jugak jemputan dikir skarang.. baru2 ni g berdikir kat gombak... balik, training lagi.. xtau la kat mana pulak.. dia baru je beli camera DSLR Canon 500D.. I'allah... photographer plak pasni.. sesapa nak tangkap gambar utk function ke.. bleh la panggil dia ye..

Thanks to all my friends yg banyak support aku masa study... bnyak lg nak sebut tp xpayah la.. bnyk sgt.. kang ada yang x tersebut terasa plak.. huhu...

k..
-peace-