28 October 2009

Mantera Beradu By Malique & M. Nasir

Masih belum sempurna..

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna

25 October 2009

Baki 24 Jam

Hari ni hari ahad.. merupakan hari terakhir cuti semester.. esok dah nak mula class dah.. mood dah ada sket2 dah.. minda semakin focus.. cumanya, jiwa ni masih berkecamuk lagi.. xdapat nak buang masalah2 dalaman dan kemelut yang sememangnya menyerabutkan..

semalam aku p la jalan2 kat kolej.. p tgk jadual.. mak aih jadual sem nih.. sememangnya membuatkan kehidupan aku ni bz.. kelas mula kui 8 dan habeh pada pukul 7 ptg.. tgh2 tu ada la lopong sket2.. tp tu la yg buat penat.. nak ulang alik p class.. kalau skali jalan ja xpa la lagi.. mmm.. tp tu pn xtau lagi jadual confirm macam mana.. sat g dah masuk class lecturer plak dok buat ubah masa.. pecah kepala!! hahaha.. mintak2 jgn dok buat lg la class malam2 nih.. xlarat nak layan dah class malam nih.. siang dah whole day ngan class.. dok tarik mai malam plak lagi la.. bleh berlaku litar pintas pada wayar minda yang dok berhubung dengan akal.. bengong pala otak aku.. haha..

sem ni plak dah mula buat tesis @ business research methodology.. supervisor xtau lagi sapa.. semalam dah semangat dah nak p cari.. skali hari sabtu plak.. mana la ada orang kt kolej tu.. tinggai pak gad ja.. so, kena tunggu isnin jugak la... berkenaan dengan tesis aku nih... aku xtau lg nak bagi tajuk apa.. base line dah ada.. bahan rasanya ada kot.. cumanya, aku harap dapat lecturer dari fakulti aku la.. yg senang nak paham dengan tesis aku nanti.. risau plak jd macam kawan aku tu.. buat pasal internet banking.. tp supervisor dari fakulti pengurusan.. management.. dah tu 1 haprak pun xpaham pasai internet banking tu.. last2 member aku kena repeat la sbb dok gaduh ngan supervisor dia.. dia dah cerita elok dah.. mai kat supervisor dia kata salah.. padahal, supervisor dia tu yg salah.. xtau apa benda yg member aku ni cerita.. adoi... pening....

xpalah.. yg penting sem ni kena atoq strategi baru.. sbb sem lepas strategi aku xmenjadi.. xtau la pasai pa.. tp aku still xdapat perform jugak.. kecewa jugak rasanya.. tp aku mmg dari dulu lg susah nak perform time exam.. mungkin sebab habitat kot.. habitat?? haha.. mengarut ja.. esok 1st class aku kui 8 pagi.. xtau la nak p atau pn xlg.. sbb.. ala.... 1st class kan.. cam xbiasa plak.. haha..

Nak buat ucapan sket kat kolej.. tima kasih pasai bagi kami dok luaq.. dah.. tu ja nak habaq.. haha..

~ 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan ~
7.30 a.m

17 October 2009

Allah Maha Kuasa..

Gempa di Padang jam 17.16, gempa seterusnya 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba perhatikan Al-QurĂ¢an!!! Demikian bunyi pesanan singkat.. Siapa yang membuka Al-Quran dengan menghayati ayat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayat-ayat Allah Swt tersebut:
17.16 (Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (Al Israa' ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."
8.52 ( Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya.
Juz dan ayat Al-Quran sama dengan masa kejadian gempa bumi...SUBHANALLAH...

14 October 2009

Kisah Praktikal @ Tesis

Setelah mengadakan 1 pertemuan dengan Dekan Hal Ehwal Pelajar pada jam 11.20 pagi td.. Beliau telah menghurai panjang berkenaan isu samada pelajar BBAEC mempunyai pilihan untuk menjalankan Latihan Praktikal @ Tesis..

Berkatanya beliau bahawasanya dengan ia maka tidaklah dipersetujui oleh para pensyarah Fakulti Pengurusan Dan Muamalah dan Jabatan Pengurusan Perniagaan dan E-Dagang untuk memberi pilihan kepada segala pelajar BBAEC samada melakukan latihan praktikal atau tesis..

Mengikut kata beliau, sekiranya pihak fakulti mewujudkan latihan praktikal, maka, akan tertambahlah akan ia yakni yuran.. kerana, diperingkat ijazah latihan praktikal dianggap amat penting dan sekiranya ia wujud maka hendaklah akan ia diwujudkan jugak jam kredit.. haa.. paham xpaham ayat aku nih? pesyen kitab lama sket.. haha..

Manakala, sekiranya diwujudkan jugak Latihan Praktikal (atas desakan pelajar), maka, tesis tidak sekali2 dapat dilupuskan.. ini kerana tesis itu wujud atas arahan dari MQA.. kalau sekiranya wujud Latihan Praktikal, maka wujud la jugak Tesis tu.. Tiada pilihan keatasnya..

Point yang penting jugak adalah.. KUIS telah memprogram silibus BBAEC untuk 1 jangkamasa yang singkat.. biasanya 4 tahun.. tp KUIS hanya 3 tahun dan bagi pelajar lama hanya 2 tahun.. atas dasar itu MQA meminta Jabatan wujudkan tesis..

Kalau nak jugak pihak kolej boleh pertimbangkan.. akan tetapi.. Tesis tetap ada dan yuran akan meningkat berikutan tambahnya jam kredit untuk latihan praktikal..

tu ja yg boleh cheq habaq mai.. yang len bleh p refer sendiri neh.. hehe..

Harap Maklum..

Rumah Sewa @ Asrama

Salam Sejahtera kepada semua pembaca.. Haa.. isu kali ni aku bawakan khas dan eksklusif kepada anda semua.. haha..

Pagi td aku adakan pertemuan dengan salah seorang pensyarah.. aku dah dapat maklumat2 berkenaan dengan isu Wajibnya semua pelajar mendiami asrama bagi semester hadapan.. berkemungkinan besar perkara tersebut akan dilaksanakan.. aku dah tgk (dari sumber yg amat kuat) bahawasanya satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan hal ini.. mesyuarat tersebut telah dijalankan pada 2 Oktober 2009 dengan berkeputusan bahawa semua pelajar wajib duduk di asrama..

Timbalan Rektor telah bertindak selaku pencadang untuk mewajibkan seluruh pelajar tinggal di asrama pada semester hadapan.. Tindakan itu telah menyebabkan semua ahli mesyuarat akur kerana beliau merupakan Pengerusi Mesyuarat yang juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi Kolej..

Antara perkara yang dibincangkan juga adalah:

1) Pelajar yang hendak tinggal di luar hendaklah mendapat surat kebenaran dari ibubapa dengan mengemukakan alasan yang kukuh.. Namun, pihak Kolej pastinya memberi syarat yang ketat bagi mengelakkan perkara itu berlaku..

2) Asrama lama hanya membenarkan 4 orang 1 bilik, tiada katil 'double decker'.. yuran asrama jatuh RM5.50 sehari..

3) Bagi BOT pula, yuran akan meningkat sebanyak hampir 10% bagi setiap 3 tahun dan bayarannya mencecah RM19.00 sehari (tidak dinyatakan type mana)..

4) Segala urusan asrama 'maintainance' adalah dibawah tanggungjawab developer..

5) Pihak Kolej telah mengikat contract dengan Developer selama 30 tahun untuk milikan asrama.. maknanya, selepas 30 tahun barulah asrama (BOT) tersebut akan diselia sepenuhnya oleh pihak Kolej.. sepanjang 30 tahun itu, Kolej berhutang dengan Devoloper dan hutang tersebut akan dibayar oleh pelajar melalui yuran yang tinggi.. Satu perjanjian juga telah dibuat iaitu perjanjian oleh pihak kolej yang akan MEMASTIKAN asrama akan dipenuhi oleh pelajar bermula semester hadapan..

Saya memandang isu ini merupakan sesuatu yang serious.. Pihak Kolej sepatutnya peka dengan keadaan, situasi dan kemampuan pelajar.. Sebagai pelajar, kami tidak mempunyai sebarang pendapatan malah secara majoritinya pelajar hanya mengharapkan kepada pinjaman PTPTN @ MARA dan ibubapa.. Tidak semua pelajar yang mampu menanggung kos pengajian dan menampung kos-kos lain sepanjang semester.. Masih ramai pelajar yang hanya mengharapkan pinjaman semata-mata..

Pihak Kolej juga sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pelajar bagi membincangkan isu ini kerana ia melibatkan peningkatan dari segi bayaran yuran dan sudah semestinya memberi kesan kepada kedudukan kewangan setiap pelajar..

Semoga pihak Kolej dapat mempertimbangkan perkara ini.. Sekian, Terima Kasih..

Dah macam surat rasmi aku bg kt rektor dah..haha..

~1 MALAYSIA~
~Peace No War~

09 October 2009

UnTajukable..

Setelah hampir 3 minggu aku kat umah ni.. diriku mula berasa bosan.. aku yang dulunya sering sibuk dengan aktiviti sebagai seorang pelajar.. bercita-cita tinggi mengejar impian.. untuk menjadi seorang saudagar barang import eksport (tp xtau nak import eksport apa).. kini pulang bercuti ke kampung halaman.. cutinya aku dari segala aktiviti.. membuatkan aku resah, gundah dan rasa xsenang.. kerana aku xreti duduk diam malah xkenal erti rehat.. segala game dlm laptopku telah aku juarai.. namun, perkara itu belum cukup membuatkan aku berasa puas.. bagiku, cuti cukup sekadar 3 ke 4 hari.. kerana cuti lama2 tu dah tak boleh dipanggil cuti lagi dah.. dia akan jd malas dan baloq dari melakukan segala benda.. btoi dak?

Setelah diteliti, aku mengambil keputusan untuk pulang awal ke campus.. mmg perkara ini menjadi kebiasaan.. sbb nnti senang dapat mood, relax dan xkelam kabut mcm orang lain.. esok nk start class, hari ni baru nak balik.. so, mcm tergesa2 la kan.. mana nak kemas2 lg.. hmm.. however, masing2 ada cara masing2 kan.. hehe..

walaupn cuti aku kali ni dianggap bosan.. namun, ada beberapa perkara yg membuatkan aku bersemangat.. haha.. ni part yg paling aku suka.. nak kata pasal jumpa family tu.... biasala kan.. dah xpayah cerita lg.. antara benda dan perkara yg paling aku suka dlm dunia ni ialah bisnes.. aku dah dapat bisnes baru.. haha.. ada beberapa benda yg aku buat dan... berjaya.. yes.. alhamdulillah.. cuma ada beberapa perkara ja yg belum dapat kata putus lg.. tp, puas hati la.. sbb aku dapat bawak bisnes masuk dlm company.. kalo berjaya, itu adalah kejayaan pertama aku dlm company.. hehe...

bercerita pasal bisnes.. aku ni mmg gila bisnes.. jatuh bgn aku dlm bisnes ni.. xramai yg tau.. cuma... ada la jgk yg tau kot.. haha.... ala.. sorry, aku xdapat terus kan cerita ni.. ada panggilan 'kecemasan'.. nanti akan aku smbung lg k.. nak tau x? ala.. blog aku.. punya pasal aku la kan.. hahaha....

-peace no war-
-1 Malaysia-
-Malaysia Boleh-
- Bay-gusss-